Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.
Minggu ini, jenama mewah Jepun tersebut secara rasmi memperkenalkan varian paling berkuasa dalam sejarah model RZ, iaitu Lexus RZ600e F Sport.
Apakah Rahsia Di Sebalik Sentuhan Rekaan RZ600e F Sport Yang Agresif?




Jika anda rasa Lexus RZ standard sudah cukup bergaya, varian F Sport ini membawa estetika tersebut ke tahap yang jauh lebih ekstrem. Model ini menggunakan kit badan gentian karbon yang diinspirasikan daripada model konsep RZ Sport 2023.

Kit ini terdiri daripada penutup enjin dengan lubang udara, splitter hadapan dan dapra atau fender yang lebih lebar dengan tambahan sirip aero.

Di bahagian belakang, terdapat spoiler dua lapis yang bukan sekadar hiasan, tetapi benar-benar menghasilkan daya tekanan ke bawah (downforce) untuk kestabilan semasa pecutan.
Ditawarkan dalam dua tona warna unik, Neutrino Gray dan Hakugin II, yang dipadankan dengan aksen biru dan kemasan karbon.
Sejauh Mana Kehebatan Enjin 420 HP SUV RZ600e F Sport?
Lexus tidak hanya menumpukan pada rupa paras, tetapi turut memberikan 'otot' tambahan pada sistem pacuannya:
- Dua Motor Berkuasa Tinggi: Dua motor elektriknya telah diberikan talaan semula untuk menghamburkan kuasa luar biasa mencecah 420 hp.
- Pecutan 'Supercar': Jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat sahaja! Ini sekaligus menjadikannya jauh lebih berkuasa berbanding model kembarnya, Toyota bZ4X dan Subaru Solterra.
- Jarak Gerak: Dengan bateri 77 kWj, ia mampu menempuh jarak sehingga 525 km dengan sekali cas. Hamburan kuasa yang tinggi bermakna jarak perjalanannya lebih rendah berbanding varian standard.
Ruang Kabin Seperti Dalam Kabin Kapal?
Memasuki ruang kabin, perubahan yang paling mencuri tumpuan adalah sistem kemudi atau sterengnya yang bukan berbentuk bulat biasa, tetapi yoke persis stereng dalam kabin kapal terbang yang disambungkan kepada sistem steer-by-wire iaitu teknologi kawalan elektrik tanpa sambungan mekanikal, serta sistem “Interactive Manual Drive” yang meniru simulasi pemanduan manual.
Ruang dalaman diserikan dengan tempat duduk sporty dalam balutan Ultrasuede dan aksen biru pada papan pemuka, memberikan suasana yang sangat eksklusif.
Bagaimana Dengan Sistem Pengendalian Dan Brek?
Bagi mengimbangi kuasa setinggi 420 hp, sistem mekanikal bawah badan turut menerima naik taraf penting:
- Rim Enkei: Menggunakan rim aloi Enkei 21 inci berwarna hitam matte yang sangat ringan dan kukuh.
- Sistem Brek Gergasi: Di sebalik rim tersebut, tersimpul angkup aluminium monoblok enam piston dengan cakera brek 20 inci untuk kuasa hentian yang lebih meyakinkan.
- Suspensi Rendah: Lexus merendahkan ketinggian SUV ini sebanyak 20 mm berbanding model standard untuk kestabilan maksimum di selekoh.
Berapakah Harga Jualan Lexus RZ600e F Sport Di Jepun?
Buat masa ini, Lexus RZ600e F Sport hanya ditawarkan untuk pasaran domestik Jepun (JDM). Harganya adalah seperti berikut:
- Warna Neutrino Gray: JPY 12,165,000 (sekitar RM315,808).
- Warna Hakugin II: JPY 12,440,000 (sekitar RM322,947).
Belum ada pengesahan rasmi sama ada model 'garang' ini akan dibawa masuk ke pasaran global atau Malaysia secara rasmi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien
Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.
30-12-2025
Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa
Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.
08-12-2025
Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?
Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.
17-08-2025
Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup
Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.
24-06-2025
Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV
Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.
23-04-2025
Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition
Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).
23-08-2024
Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual
UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.
12-06-2024
Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta
UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas
07-03-2024
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

