Melaka Bakal Ada 6 Tol Baharu Sepanjang Jajaran WCE

Kerajaan Melaka akan membangunkan jajaran projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 69 kilometer merentasi Melaka, pada tahun depan
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kerajaan negeri telah memuktamadkan jajaran tersebut dan enam tol dijangka dibina.

“Sebanyak enam tol akan dibina, tiga antaranya adalah Tol Masjid Tanah, Tol Gangsa dan Tol Semabok. Melaka akan mempunyai sembilan pintu masuk, selain tiga sedia ada melalui Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu Plaza Tol Simpang Ampat, Ayer Keroh dan Jasin.
“Satu laluan khas dari Gangsa terus ke kawasan Zon Ekonomi Pesisir Air Melaka (MWEZ) juga dirancang untuk memudahkan akses ke zon ekonomi ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Tambahnya, laluan WCE di Melaka dipilih melalui kawasan tengah negeri bagi mengelakkan kawasan pantai, selain memberikan liputan strategik ke seluruh negeri.
Jelasnya, kawasan Ayer Keroh akan menjadi tempat transit antara Lebuh Raya Utara-Selatan dan WCE untuk pengguna menukar laluan ke destinasi.
Ditanya sama ada penduduk tempatan bakal terkesan dengan kadar tol yang akan dikenakan, beliau memberitahu orang ramai masih boleh menggunakan Jalan Lingkaran (Ring Road) tanpa tol di bawah Program Pembangunan Jalan Raya Melaka yang dirancang sehingga 2035.
“Ring Road ini melalui Masjid Tanah, Sungai Udang dan bersambung ke Klebang, seterusnya ke Melaka Raya dan Semabok yang sudah mempunyai empat lorong.
“Jajaran ini mengelilingi bandar Melaka, jadi orang Melaka tidak perlu menggunakan tol kerana mereka mempunyai laluan sendiri selain Lebuh AMJ dan Lebuh SPA yang sedia ada,” katanya.
Menurut Hameed, Jalan Lingkaran itu akan menghubungkan dua daerah iaitu Alor Gajah ke Melaka Tengah, dengan kos melebihi RM300 juta untuk menaik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong sepanjang hampir tujuh kilometer. –
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge