- Berita
- Kereta Baru
- MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026
MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), telah memberi peluang kepada media untuk mendekati dan memandu uji model terbaru, Nissan Serena e-Power yang merupakan Serena generasi keenam dengan kod nama C28. Pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 2022, model ini bakal muncul sebagai pengganti kepada Serena C27 yang telah dipasarkan di negara kita sejak 2018.
Apakah Perbezaan Reka Bentuk Antara Serena C27 & C28?

Model C28 ini mendapat pelbagai pembaharuan estetik luaran yang mempamerkan elemen rekaan terkini Nissan, namun ia masih mengekalkan siluet MPV ‘kotak’ yang menjadi identiti Serena sebelum ini.


Dari sudut depan, model ini menggunakan rekaan jeriji V-Motion baharu dengan palang melintang yang disepadukan bersama lampu LED. Komponen ambilan udara menegak turut diletakkan di kiri dan kanan sudut hadapan.




Bergerak ke sudut tepi, model ini kekal menggunakan pintu jenis gelangsar bukaan automatik dan dilengkapi rim aloi dua tona 16 inci yang baharu.

Sudut belakang pula tampil menyerlah dengan lampu LED menegak yang tirus dengan bentuk unik boomerang. Yang menariknya, bukaan but belakang adalah jenis split tailgate.




Dari segi ukuran, Serena e-Power C28 memiliki panjang 4,765 mm, lebar 1,715 mm dan tinggi 1,870 mm, dengan jarak roda 2,870 mm. Ini bermakna model baharu ini 5 mm lebih rendah dari segi kepanjangan dan 25 mm lebih kecil dari segi kelebaran, namun jarak rodanya bertambah 10 mm berbanding C27.
Terdapat empat pilihan warna, termasuk tiga pilihan dwi-tona dengan bumbung hitam seperti Brilliant White, Dark Metal Gray, Turquoise Blue dan Diamond Black.
Apakah Kelebihan Utama Sistem Hibrid e-Power Generasi Kedua?

Peningkatan paling signifikan pada Serena baharu terletak pada sistem trenkuasa yang digunakan iaitu hibrid e-Power generasi kedua. Sistem ini direka untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang menyerupai kenderaan elektrik (EV).
Sistem e-Power ini terdiri daripada enjin petrol 3 silinder 1.4 liter aspirasi natural (HR14DDe) yang hanya berfungsi sebagai penjana tenaga untuk mengecas pek bateri lithium-ion 1.769 kWj.
Model ini digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik yang memacu roda hadapan (FWD), menjana kuasa 163 PS dan 315 Nm.

Dengan tangki bahan api 51 liter, Nissan mendakwa sistem e-Power ini mampu menawarkan penjimatan bahan api serendah 18.5 km seliter (NEDC), memberikan jarak perjalanan maksimum sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh!
Kami berpeluang untuk memegang stereng dan merasai pengalaman memandu kedua-dua versi, C28 dengan teknologi e-Power dan C27 dengan sistem S-Hybrid 2.0L. Pendapat kami? Sangat ketara perbezaannya, C28 terasa lebih lancar seolah-olah memandu sebuah kereta elektrik.
Ciri menarik lain yang terserlah pada versi terbaru ini juga adalah kehadiran mod pemanduan e-Pedal yang membolehkan pemandu memandu dengan lebih relaks, tanpa perlu memijak brek, kerana hanya menggunakan satu pedal sahaja, namun berkesan untuk menyalurkan lebih tenaga kepada bateri melalui sistem regeneratif. Ciri ini sangat sesuai untuk dimanfaatkan semasa menempuhi trafik yang sesak.
Bukan hanya menyerlah dalam aspek pemanduan, kerana keselesaan segenap kabin juga terasa berbeza. C28 jauh lebih senyap daripada C27, seolah-olah tiada ‘enjin’ yang mengganggu walaupun ia kekal aktif untuk menyalurkan tenaga kepada bateri.
Bilakah Serena C28 Akan Dilancarkan Di Malaysia?
ETCM mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi di negara kita pada suku pertama tahun 2026. Walaupun harganya belum didedahkan, model C27 S-Hybrid yang kini berada di pasaran dijual daripada harga RM149,888. Berdasarkan harga ini, Serena C28 dijangka akan dijual dalam lingkungan harga yang sama atau mungkin juga lebih tinggi, namun dengan perbezaan yang tidak terlalu ketara.

Kami berpeluang menguji kedua-dua versi, iaitu Serena C28 dan juga C27. Perbezaan yang sangat ketara dapat dirasakan.
Apa yang menariknya, kami juga dimaklumkan bahawa Serena C28 akan menjadi model e-Power Nissan pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia, iaitu di kilang pemasangan Tan Chong di Serendah. Ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran luar negara pertama yang mengeluarkan Serena versi terbaru dan pasaran kedua selepas Thailand yang membuat pemasangan model dengan sistem e-Power Nissan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Pemilik Nissan Serena C26 & C27: Masa Untuk 'Upgrade' Dah Tiba! Nissan Serena e-Power C28 2026 Dilancar Esok!
Nissan Serena C28 2026 akan dilancarkan secara rasminya esok.
02-03-2026
Model Trenkuasa Nissan e-Power Bakal Tiba Di Malaysia – Pelancaran Q4 2024, Serena Atau Kicks?
Nissan bakal memperkenalkan model dengan trenkuasa e-Power di pasaran Malaysia?
13-08-2024
Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Tertinggi "Anugerah Nissan Global 2023"
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) Malaysia telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Nissan.
10-10-2023
Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap
Pelancaran Pusat Flagship Nissan 3S yang lebih moden, selesa dan lengkap di Petaling Jaya.
04-09-2023
EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?
Nissan Ariya SUV hibrid elektrik telah dikesan sekali lagi di Malaysia, kali ini di pusat bandar Kuala Lumpur.
06-04-2023
Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan The Most Exciting Ang Pow Yet dengan penjimatan sehingga RM9,950 bagi pembelian kereta Nissan.
13-01-2023
Kalau Nak MPV Paling Luas, Jawapannya, Nissan Serena S-Hybrid
MPV adalah keperluan, bukan kehendak buat masa sekarang namun Nissan Serena S-Hybrid ada peminatnya tersendiri.
11-01-2023
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat