ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GWM-WEY-G9-EPMB-(1).jpg


GWM Malaysia dengan bangganya mengumumkan permulaan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.


Majlis bersejarah ini telah disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bersama wakil-wakil kanan dari kedua-dua syarikat. WEY G9 kini merupakan MPV tenaga baharu mewah jenama China yang pertama dipasang di Malaysia.


Bilakah GWM WEY G9 Akan Mula Dijual Secara Rasmi di Malaysia?


GWM-WEY-G9-EPMB-(5).jpg


Dengan bermulanya proses pengeluaran CKD, GWM WEY G9 kini sudah bersedia untuk membuat penampilan sulung di pasaran. Model ini dijangka akan dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang atau selewat-lewatnya pada awal tahun 2026. Tempahan kini telah dibuka di seluruh negara, dengan harga jualan dijangka bawah daripada RM300,000.


GWM menyatakan bahawa permulaan pemasangan WEY G9 ini memberikan isyarat keyakinan tinggi syarikat terhadap keupayaan Malaysia untuk menyokong pembuatan automotif termaju. Ini juga memperlihatkan potensi besar Malaysia dalam aspek peningkatan penggunaan bahan tempatan dan peranan sebagai hab eksport serantau di masa hadapan.


Juga Menarik: GWM Wey G9 Dilancar Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?


Bagaimanakah Pengaktifan Fasa 2 Kilang EPMB Membantu Pengeluaran WEY G9?


GWM-WEY-G9-EPMB-(3).jpg


Pelancaran WEY G9 ini dapat dibuat selepas pengaktifan Fasa 2 kemudahan EPMB di Melaka. Peningkatan ini memberi impak besar kepada kapasiti pemasangan yang kini meningkat lima kali ganda iaitu daripada 6,000 unit kepada 30,000 unit setahun. 


EPMB yang sebelum ini hanya membuat komponen kereta (pembekal Tahap 1), kini telah dinaik taraf menjadi rakan kongsi pemasangan penuh untuk jenama kereta global.


Sejak Fasa 1 bermula pada akhir 2023, kilang EPMB telah berjaya memasang lebih 6,000 unit Haval H6 HEV secara tempatan.


Apakah Teknologi Menarik Yang Terdapat Pada GWM WEY G9?


GWM-WEY-G9-EPMB-(2).jpg


WEY G9 dibina di atas platform kenderaan tenaga baharu (NEV) mewah GWM yang membolehkan pemasangan pelbagai teknologi canggih termasuk  sistem Hybrid Intelligent 4WD (Hi4) GWM, yang menjanjikan keselesaan sebenar, sistem keselamatan pintar dan prestasi pemanduan yang lancar. 


GWM-WEY-G9-EPMB-(6).jpgGWM-WEY-G9-EPMB-(7).jpg


Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah menyifatkan pelancaran CKD ini sebagai pertemuan antara kejuruteraan global dan kemahiran tenaga kerja tempatan.


Apakah Rancangan Jangka Masa Panjang Kilang EPMB?


Proses pemasangan CKD kini sedang berjalan lancar dan EPMB sedang mara ke arah Fasa 3 pembangunan kilang Melaka. Fasa 3 dijadualkan akan siap menjelang akhir suku ketiga 2026 akan datang. 


Fasa baharu ini akan dibina di kawasan seluas lapan ekar bersebelahan dengan kilang sedia ada, dan akan ditambahkan dengan fasiliti pengecatan badan kereta. Ini akan memperdalam lagi kandungan tempatan dan memperkukuh ekosistem pembuatan automotif Melaka.


Pengarah Urusan GWM, Encik Cui Anqi, menegaskan bahawa langkah CKD  ini adalah langkah kritikal dalam pelan GWM untuk menjadikan Malaysia sebagai titik utama dalam usaha pengembangan pasaran mereka di ASEAN.

Juga Menarik: GWM Malaysia Buka Pusat 3S Di Melaka

Juga Menarik: GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Berapa Harga GWM ORA 5 Hi2 HEV

GWM ORA 5 Hi2 HEV Dilancarkan, Harga RM106,800.

19-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Berita Auto

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Kereta Baru
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.