Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai
-full_normal-full_normal.jpg)
Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.
Untuk ‘menjernihkan’ keadaan, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru sahaja mendedahkan khabar gembira iaitu mana-mana EV yang dibawa masuk ke Malaysia sebelum 28 Disember 2025 tidak akan kehilangan hak pelepasan cukai, walaupun insentif tersebut dijadualkan tamat secara rasmi pada 1 Januari 2026.
Kereta Belum Sampai Tangan, Adakah Masih Layak Bebas Cukai?
Ramai pembeli bimbang jika kereta diserahkan pada tahun depan, mereka terpaksa membayar harga lebih tinggi. Menurut Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, kunci utamanya bukan pada tarikh penghantaran, tetapi pada tarikh pengisytiharan kastam.
Ujarnya, “Yang penting stok yang terima masuk dalam negara harus masuk tahun ini sebelum 28 Disember 2025 dan diberi deklarasi kastam.”
Asalkan stok kenderaan sudah tiba di pelabuhan Malaysia dan diisytiharkan kepada kastam sebelum tarikh tersebut, status bebas cukainya adalah kekal. Ini bermakna, jadual penghantaran kepada pelanggan tidak menjejaskan perkara ini.
Betul Ke Cukai Jalan EV 2026 Jadi Lebih Murah Selepas Ini?
Walaupun tempoh ‘cuti’ cukai jalan bakal berakhir pada 31 Disember 2025, pemilik EV tidak akan dikenakan cukai berdasarkan struktur lama yang mahal. Kerajaan melalui Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah memperkenalkan sistem baharu yang jauh lebih mesra poket:
- Potongan 85%: Kadar cukai jalan baharu dijangka lebih rendah sehingga 85% berbanding struktur sebelum ini.
- Berasaskan Kuasa Motor: Pengiraan kini dibuat berdasarkan kilowatt (kW). Sebagai contoh, model popular seperti Proton e.MAS 7 hanya dikenakan sekitar RM180 setahun, manakala EV mampu milik lain boleh bermula serendah RM20 sahaja!
Jadual di atas menunjukkan anggaran cukai jalan yang dikenakan terhadap model-model EV bermula tahun 2026 nanti
Kenapa Jualan Kereta Tahun 2025 Boleh Pecah Rekod 800,000 Unit?
Industri automotif tempatan sedang melalui fasa luar biasa. MAA menjangkakan jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 800,000 unit tahun ini, didorong oleh beberapa faktor:
- Pembelian Panik: Ramai pengguna berpusu-pusu membuat tempahan EV import (CBU) dalam dua bulan terakhir ini untuk mengejar tarikh akhir pengecualian cukai.
- Promosi Agresif: Pengedar kenderaan melancarkan kempen jualan akhir tahun yang sangat agresif untuk menghabiskan stok sedia ada.
- Minat Terhadap EV Lokal: Pelancaran model seperti Perodua QV-E dan Proton e.MAS 7 telah merancakkan lagi ekosistem automotif negara.
Mengapa Insentif CBU Ditamatkan?
Penamatan insentif untuk model import sepenuhnya (CBU) sebenarnya adalah langkah strategik kerajaan untuk beralih ke arah pemasangan tempatan (CKD)
Kerajaan dijangka memperoleh kenaikan hasil persekutuan sebanyak 2.3% atau sekitar RM12.8 bilion tahun depan hasil daripada perubahan polisi ini.
Fokus kini beralih kepada jenama yang melabur dalam pengeluaran tempatan. Dengan lebih banyak jenama global berminat membina kilang di Malaysia, teknologi automotif negara bakal berkembang lebih pantas.
Juga Menarik: Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Ini Impaknya Kepada Harga Kereta
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran
Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?
23-07-2026
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Harga Kereta CKD Kekal - MAA
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.
21-01-2026
Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?
Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.
30-12-2025
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia
Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.
26-08-2025
MAA Dedah Data Jualan Kereta Dari Jan - Ogos 2024
Jualan kereta Januari hingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 533,301 unit dimana angka jualan itu dilihat meningkat 6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
19-09-2024
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

-full_normal-full_normal.jpg)
.jpg)

