Polis Sedang Siasat Treler Angkut Helikopter di Kesas!

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah treler yang mengangkut sebuah helikopter sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke susur arah Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada 4 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menerusi video tular di TikTok sekitar pukul 8.06 malam, semalam.
“Siasatan awal mendapati treler yang sedang membawa muatan sebuah helikopter tidak dapat melalui susur jalan tersebut akibat muatan terlalu panjang sehingga mengakibatkan kesesakan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
“Dalam kejadian ini juga sebuah ambulans turut dilihat terganggu perjalanannya akibat daripada kesesakan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Wan Azlan berkata, pihak polis masih belum mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat.
Kes disiasat di bawah kaedah Rule 9(2) LN 166/59.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat