Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.
Beberapa jenama EV terkemuka mengesahkan sistem pendaftaran atas talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula mengenakan bayaran cukai jalan bermula hari ini. Hal ini sangat mengejutkan kerana tempoh pengecualian sepatutnya masih berlangsung sehingga hari ini, 31 Disember 2025, dengan bayaran hanya bermula secara rasmi pada 1 Januari 2026.
Mengapa Kadar Cukai Jalan EV Yang Dipaparkan Berbeza Daripada Pengumuman Menteri Sebelum Ini?
Yang 'parahnya', kadar yang dipaparkan oleh sistem tidak selari dengan struktur cukai jalan EV baharu yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada tahun 2024.
Sistem dikesan memaparkan kadar yang seolah-olah berpatah balik ke rangka kerja lama (pra-2022). Contohnya, sebuah EV dengan kuasa 235 kW dikenakan cukai jalan sebanyak RM1,400. Berbeza dengan struktur yang ‘sepatutnya’ iaitu hanya sekitar RM365 setahun.
Adakah JPJ Sedar Mengenai Masalah Sistem Ini?
Carz.com.my telah cuba berhubung dengan beberapa jenama EV di Malaysia, yang mana melalui wakil syarikat masing-masing, mengesahkan bahawa masalah ini menjejaskan urusan pendaftaran EV hari ini.
Sumber industri turut mendedahkan bahawa pihak JPJ sudah sedia maklum mengenai isu ini dan sedang dalam proses untuk memperbaikinya. Walau bagaimanapun, setiap saat yang tinggal hari ini cukup kritikal kerana hari ini adalah peluang terakhir untuk pendaftaran percuma.
Apa Risikonya Jika Masalah Ini Gagal Diselesaikan Segera?
Kegagalan sistem ini pada hari terakhir memberikan tekanan besar kepada pengedar dan pembeli:
- Pendaftaran Tergendala: Jenama EV mungkin terpaksa menangguhkan pendaftaran sepenuhnya hari ini bagi mengelakkan pelanggan membayar kadar yang salah.
- Kerugian Pembeli: Pelanggan yang sepatutnya menikmati pengecualian hari ini mungkin terpaksa membayar cukai jalan bermula esok, walaupun urusan pembelian sudah lengkap dalam tempoh insentif.
-(1)-(1).jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Struktur Cukai Baharu Lebih Adil Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik
Sebaik tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) ditamatkan sehingga akhir 2025, pengguna EV di Malaysia akan mula dikenakan cukai dengan struktur baharu yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.
30-09-2025
Tak Bayar Cukai Jalan Sejak 2002! Ini Alasan Pemilik...
Setelah 23 tahun baru ‘terbongkar’ tiada cukai jalan, itulah salah satu daripada 15 motosikal yang telah disita oleh JPJ.
06-02-2025
Nak Cukai Jalan Percuma? Perbaharui Insurans Perodua & Proton Anda Dengan PolicyStreet!
PolicyStreet melancarkan kempen ‘Betul-Betul Free Road Tax’ sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
09-09-2024
Teruknya Perangai, Baik Pakai Kereta Murah Kalau Tak Mampu!
Seorang lelaki 'kantoi' tujuh tahun memandu BMW X6 tanpa cukai jalan
18-04-2024
Tak Perlu Cetak Cukai Jalan, Tunjuk Aplikasi MyJPJ Sudah Memadai
Pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan cukai jalan digital melalui aplikasi MyJPJ tidak perlu mencetak salinan fizikal.
14-12-2023
KECOH! Tiada Cukai Jalan Fizikal
Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal.
03-08-2023
Bolehkah Harga Cukai Jalan Diturunkan? Ini Penjelasan Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan penstrukturan semula harga cukai jalan.
23-02-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
