BMW Umum Pembukaan Stesen Pengecas EV Di Alor Setar

Selain pemindahan Lee Motors ke Pusat Pameran Retail.NEXT baharu, BMW Group Malaysia turut menubuhkan sebuah stesen pengecas baharu bagi mempertingkatkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Alor Setar.
Dikendalikan oleh DC Handal melalui kerjasama dengan Lee Motors, stesen pengecas ini dilengkapi satu pengecas pantas arus terus (DC) 180 kW dan dua pengecas arus terus (DC) 60 kW, dengan kadar pengecasan bermula daripada RM1.30 per kWh, menawarkan pilihan pengecasan yang pantas dan diyakini bagi memenuhi keperluan pemilik EV yang semakin meningkat di Kedah.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, sebagai Pengeluar Kenderaan Elektrik Premium Nombor Satu di Malaysia, kami memahami bahawa kepimpinan mobiliti sebenar bukan hanya pada kenderaan, malah turut merangkumi keseluruhan pengalaman pemilikan.
"Komitmen berterusan kami dalam memperluas infrastruktur pengecasan diteruskan dengan pelancaran stesen pengecas baharu di Alor Setar, memberi jaminan kepada pelanggan bahawa memilih kenderaan elektrik tidak bermakna perlu berkompromi daripada segi kemudahan atau keyakinan.
"Rakan pengedar kami di rantau ini, Lee Motors, serta kerjasama jangka panjang kami bersama pengendali stesen pengecas utama, memainkan peranan penting dalam memastikan akses dan kemudahan untuk pemilik EV di seluruh negara,”katanya.
Pengecas utama bagi memperkukuh akses terhadap pengecas elektrik di kawasan tumpuan tinggi. Melalui portfolio EV yang komprehensif serta prinsip Keterbukaan Teknologi, BMW Group Malaysia menerajui mobiliti premium dengan membentuk rangkaian mobiliti elektrik yang terhubung, mudah diakses, dan bersedia menghadapi masa hadapan di negara ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian pengecas BMW Group Malaysia, sila layari: https://www.bmw.com.my/en/electric-cars/electric-car-charging/public-charging.html
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat