ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Labuhkan Tirai 2025 Dengan Prestasi Cemerlang, Catat Pertumbuhan 177%

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

GWM Malaysia melabuhkan tirai  2025 dengan mencatatkan  pertumbuhan  sebanyak 177% berbanding tahun sebelumnya.

Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin yakin terhadap jenama tersebut serta mengukuhkan kehadiran GWM yang kian berkembang dalam pasaran kenderaan elektrifikasi negara.

image.png

Sebahagian besar pertumbuhan ini didorong oleh kenderaan hibrid. GWM menamatkan tahun sebagai jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut, dengan pegangan pasaran sebanyak 15.5%.

Mendahului kejayaan ini ialah Haval H6 HEV.

Model ini muncul sebagai kenderaan hibrid kedua paling laris di Malaysia tahun lalu, dengan hampir 15% pegangan pasaran HEV.

image.png

Gabungan kecekapan bahan api, kepraktisan untuk kegunaan harian, serta teknologi hibrid pintar benar-benar menepati citarasa pemandu tempatan, membuktikan bahawa hibrid boleh disepadukan dengan mudah dalam kehidupan seharian.

Ini bermakna rakyat Malaysia sudah bersedia menerima kenderaan hibrid yang benar-benar praktikal, dan GWM tidak berhenti setakat itu.

Ini kerana, GWM sedang bersiap sedia untuk fasa seterusnya dalam perjalanan hibridnya menerusi Hi4, platform hibrid generasi baharu yang menjanjikan pengurusan tenaga lebih pintar serta prestasi lebih mantap untuk model-model akan datang.

Model pertama berasaskan Hi4 yang bakal dilancarkan di Malaysia ialah WEY G9 MPV, yang dijangka diperkenalkan pada penghujung bulan ini.

image.png

MPV baharu ini sebenarnya meningkatkan profil jenama serta menawarkan pilihan premium yang  berteknologi tinggi kepada pembeli Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (COO), Roslan Abdullah berkata, populariti H6 HEV membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersedia menerima kenderaan hibrid yang seimbang, manakala WEY G9 pula mencerminkan keyakinan jenama dalam mengembangkan portfolio produknya.

"Kejayaan GWM di Malaysia merupakan sebahagian daripada gambaran yang lebih besar di peringkat global. Pada tahun 2025, syarikat ini menjual sebanyak 1.32 juta kenderaan di seluruh dunia, dengan penghantaran ke pasaran luar negara meningkat 11.7% kepada lebih 500,000 unit.

Kenderaan tenaga baharu menjadi pemacu utama pertumbuhan, meningkat 25% kepada lebih 400,000 unit di peringkat global.

Menjelang tahun 2026, GWM Malaysia merancang untuk meneruskan momentum ini.

Dengan barisan hibrid yang lebih kukuh serta lebih banyak pilihan kenderaan elektrifikasi, jenama ini bersedia menawarkan kereta yang bukan sahaja cekap dan praktikal, malah pintar, premium, dan bersedia untuk masa hadapan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jualan Melonjak 42.4%! GWM Malaysia Catat Prestasi Separuh Pertama Terbaik dalam Sejarah

Jualan Melonjak 42.4%! GWM Malaysia Catat Prestasi Separuh Pertama Terbaik dalam Sejarah

HAVAL H6, WEY G9 & ORA Good Cat Laku Keras, GWM Malaysia Capai Prestasi Jualan Paling Padu Separuh Pertama Tahun Ini.

31-07-2026
Berita Auto
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Berita Auto
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto
"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa  Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto
Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

29-01-2026
Kereta Baru
GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Berita Auto
MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto
Harga Minyak Mingguan

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Malaysia Pasang Lebih  10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.