ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-BMW-i4-eDrive35MSport-Ext-13.jpg


Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli. Senarai harga terbaharu telah dikemas kini, memperlihatkan kenaikan harga bagi hampir semua model berenjin pembakaran dalaman (ICE), dengan lonjakan mencecah RM16,000 untuk model tertentu.


Berapa Kenaikan Harga Untuk Model Sedan 2 Series Dan 3 Series?


2026-BMW-218-GranCoupe-Sport-IconicGlow-3.jpgCaricarz-MBA-2025MY-BMW-M2-5.jpg

Caricarz-MBA-2025MY-BMW-320i-Sport-2.jpgCaricarz-MBA-2025MY-BMW-330i-MSport-13.jpg2025-BMW-M340i-xDrive-MSport-Pro-1.jpg


Bagi peminat sedan kompak dan eksekutif, anda perlu sedia membayar lebih sedikit untuk tahun ini:

  • 2 Series: Model 218 Gran Coupe Sport (CKD) kini berharga RM219,800 (naik RM1,000). Menariknya, 150 unit pertama akan didatangkan dengan ciri BMW Iconic Glow. Sementara itu, BMW M2 meningkat sebanyak RM6,000 kepada RM656,800.
  • 3 Series: Model kegemaran ramai, 320i Sport (CKD) naik RM2,000 (RM267,800). Varian 330i M Sport dan 330Li M Sport masing-masing naik RM3,000. Untuk peminat prestasi, M340i xDrive Pro kini berharga RM392,800 (naik RM4,000), manakala M3 Competition melonjak RM9,000 kepada RM847,800.

2025-BMW-M3-Competition-xDrive.jpg


Apa Nasib Model 5 Series Dan 7 Series Untuk Tahun 2026?


G60-BMW-520i-MSport-CKD-8.jpg02.-The-All-New-Locally-Assembled-BMW-530i-M-Sport.jpgweb_TA_BMW-World-2025_BMW-M5_-4.jpg


BMW turut melakukan rombakan kecil dalam barisan produk mereka:

  • 5 Series: Varian asas 520i digugurkan dan diganti dengan 520i M Sport (CKD) yang lebih sporty pada harga RM364,800 (naik RM7,000). Varian 530i M Sport pula kini berharga RM407,800 (naik RM8,000). Raja sedan, BMW M5 (G90), kini mencecah harga RM1,200,800 selepas kenaikan RM12,000.
  • 7 Series: Model 6 Series GT telah digugurkan sepenuhnya. Manakala satu-satunya varian ICE bagi 7 Series iaitu 750e xDrive M Sport (CKD) kini berharga RM685,800 (naik RM8,000).

7.-The-New-BMW-750e-xDrive-M-Sport-M-Brooklyn-Grey.jpg


Bagaimana Pula Dengan Barisan SUV (Siri X)?


01.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg2025-BMW-X3-20xDrive-MSport-15.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-14.jpg02.-The-New-BMW-X5-xDrive40i-M-Sport.jpg


Hampir semua keluarga X-Series turut menyaksikan pelarasan harga:

  • X1 & X3: X1 sDrive20i naik RM2,000 (RM252,800) dan X3 xDrive M Sport naik RM5,000 (RM325,800).
  • X4 & X5: X4 xDrive30i naik RM2,000. Manakala X5 xDrive40i hanya naik RM1,000 (RM470,800). Berita baik bagi peminat hibrid, model X5 xDrive50e (PHEV) kekal pada harga lama, RM494,800!
  • X7 & XM: SUV gergasi X7 naik RM5,000 bagi kedua-dua varian. Namun, kenaikan paling 'dahsyat' adalah pada XM Label (PHEV) yang kini berharga RM1,554,800, naik sebanyak RM16,000!

BMW-X7-xDrive40iMSport-Facelift-2.jpg02.-The-New-BMW-XM-Label-Red.jpg


Adakah Harga Model Elektrik (EV) Turut Melambung?


Di sebalik kenaikan harga model petrol, pasaran EV nampaknya lebih stabil. Setakat ini, tiada perubahan harga dilaporkan bagi model elektrik BMW yang sedia ada untuk tahun 2026.


Caricarz-MBA-BMW-i5-eDrive40MSportPro-CKD-2.jpg


Model versi CKD yang baru dilancarkan, BMW i5 eDrive40 M Sport Pro, kini dijual pada harga RM368,800, iaitu RM40,000 lebih murah berbanding versi import (CBU) sebelum ini!

Juga Menarik: Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW-PriceList-2026-1.png

BMW-PriceList-2026-2.png

BMW-PriceList-2026-3.png

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Berita Auto
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.