ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

eMas7_x_TMS(123).jpg

Percaya atau tidak, Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer  dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

Perjalananini turut menyerlahkan kecekapan penggunaan bahan api yang mengagumkan iaitu hanya 3.7L/100 km, sekali gus menegaskan kelebihan praktikal sistem hibrid plug-in untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

Pencapaian ini dipamerkan menerusi perjalanan jarak jauh dari Pulau Pinang ke Johor sejauh 723 kilometer, diikuti dengan perjalanan pulang ke PROTON Center of Excellence sejauh 381.5 kilometer. ''

Pemanduan dunia sebenar ini memberikan rakyat Malaysia gambaran terhadap prestasi baharu Proton e.MAS 7 PHEV melangkaui ujian kejuruteraan. 

eMas7_x_TMS(61).jpg

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, Proton e.MAS 7 PHEV diperkenalkan untuk membawa teknologi canggih lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Ia direka sebagai kereta mampu milik yang memenuhi keperluan harian, sama ada di bandar atau untuk perjalanan jauh di lebuh raya.

"Pencapaian ini membuktikan bahawa pengguna tidak lagi perlu risau dari segi kecekapan atau jarak pemanduan untuk menikmati teknologi tenaga baharu ini. Kami yakin Proton e.MAS 7 PHEV akan memikat hati rakyat Malaysia yang menghargai gabungan inovasi dan praktikaliti," katanya.

Keseluruhan perjalanan melebihi 1,100 kilometer ini turut disiarkan secara langsung selama 25 jam menerusi saluran media sosial rasmi Proton e.MAS, dengan penyertaan wakil dari PRO-NET, sekali gus memberikan penonton pengalaman secara langsung melihat keupayaan PHEV ini dalam pemanduan sebenar.

Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu dilengkapi dengan Teknologi Hibrid EM-i PROTON, yang dibangunkan untuk memberikan kecekapan tinggi dan prestasi lancar dalam keadaan pemanduan sebenar di Malaysia.

image.png

Dibina di atas platform GMA, sistem ini menggabungkan enjin khas hibrid, Transmisi Hibrid 11-dalam-1 (DHT) dan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) ke dalam satu rangkaian kuasa elektrik yang direka untuk perjalanan harian di bandar, percutian hujung minggu dan perjalanan jarak jauh.

Tranmisi Hibrid 11-dalam-1 berfungsi sebagai unit pemanduan utama, secara automatik mengawal penghantaran kuasa ke roda tanpa pertukaran gear konvensional. 

Teknologi Hibrid EM-i mengutamakan pemanduan elektrik, membolehkan 80% pemanduan Proton e.MAS 7 PHEV dijana daripada sistem EV. Enjin petrol pula akan masuk secara automatik apabila memerlukan kuasa tambahan atau lebih kecekapan.

Pemandu boleh memilih daripada tiga mod pemanduan: Pure untuk pemanduan bandar sepenuhnya elektrik, Hybrid untuk mengimbangi penggunaan tenaga secara pintar mengikut keadaan, dan Power untuk prestasi lebih responsif bila perlu, menjamin pengalaman memandu yang lancar, yakin dan cekap di semua jenis jalan di Malaysia.

image.png

Sebagai SUV segmen C dwi-kuasa, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang sangat efisien. Dikuasakan oleh Teknologi Hibrid EM-i, ia mencatat penggunaan bahan api hanya 4.3L/100 km, setanding dengan kereta segmen A.

image.png

Dengan enjin bertindak terutamanya sebagai sistem sokongan, teknologi hibrid ini membolehkan jadual penyelenggaraan lebih panjang iaitu sekali setahun atau setiap 15,000 km, lebih lama berbanding kenderaan enjin petrol biasa. Ini juga menjadikan kos penyelenggaraan keseluruhan lebih rendah berbanding kereta petrol konvensional.

Tempah Sekarang dan Nikmati Keistimewaan Eksklusif kepada Pemilik Awal Tempahan untuk Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka. Pelanggan boleh mendaftar minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di semua bilik pameran Proton e.MAS yang sah di seluruh negara.

Untuk membuat tempahan, hanya perlu membayar yuran tempahan RM99* dan nikmati keistimewaan pemilik awal eksklusif, termasuk:

  1. Diskaun RM500 ke atas yuran tempahan**
  2. Tawaran ini sah untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 7 PHEV.

Layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 7 PHEV.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Berita Auto

26-01-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025
Berita Auto

25-11-2025
Global

25-04-2025
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026

Berita Terkini

EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.