ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan  SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ini membuktikan  Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini berada pada fasa akhir persiapan, dengan model tersebut akhirnya dijangka akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada suku pertama tahun ini.

image.png

Berdasarkan imej yang diterima, unit yang dikesan itu  kelihatan sepadan dengan spesifikasi bukan hibrid, sama seperti versi yang dijual di Indonesia. 

Ini memberi petunjuk bahawa Malaysia berkemungkinan akan menerima XForce versi petrol dan bukannya varian HEV yang ditawarkan di Thailand.

Andai kata perkara ini sahih, ia menunjukkan MMM mengambil pendekatan yang lebih strategik dengan mengutamakan harga dan jumlah jualan berbanding elektrifikasi. Strategi ini lebih selari dengan pasaran Indonesia berbanding pendekatan Thailand yang lebih premium dan berfokuskan hibrid.

image.png

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Malaysia akan mengikut pendekatan satu varian seperti Brunei atau menawarkan dua varian seperti di Indonesia.

Dari segi keselamatan, XForce meraih penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Ia mencatatkan 79.15 mata daripada 100 mata di bawah protokol penilaian 2021–2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai model serantau yang direka dengan baik.

Sekiranya ia tiba dengan spesifikasi seperti pasaran Indonesia, XForce akan dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi yang mana ia mampu  menghasilkan 103 hp dan 141 Nm, serta digandingkan dengan transmisi CVT dan pacuan roda hadapan (FWD).

Selain itu, ia juga dijangka menawarkan kelegaan tanah terbaik dalam segmennya iaitu 222 mm, bersama sistem Active Yaw Control serta pelbagai mod pemanduan yang disesuaikan untuk keadaan jalan raya di Asia Tenggara.

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, XForce berukuran 4,390 mm panjang dengan jarak roda 2,650 mm, meletakkannya sebaris dengan pesaing mapan seperti Honda HR-V selain menawarkan ruang kabin yang lebih luas.

Menjengah kabinnya, ia hadir dengan  termasuk skrin infotainmen 12.3 inci, paparan instrumen digital 8 inci serta sistem audio premium Yamaha.

image.pngimage.png

Sebaik dilancarkan nanti, Mitsubishi XForce akan memasuki salah satu segmen paling kompetitif dalam pasaran Malaysia.

Ia bakal bersaing dengan jenama Jepun yang sudah terbukti seperti Honda HR-V, Chery Tiggo Cross, serta pesaing tempatan yang kuat termasuk Proton X50 serba baharu termasuk Perodua Traz baharu.

Oleh itu, kejayaan jualan XForce amat bergantung kepada strategi penempatan produk oleh MMM. S

Seperti MANA trak pikap Triton, strategi harga dan cadangan nilai akan menjadi faktor kritikal, terutamanya dalam segmen di mana pembeli semakin sensitif terhadap harga dan ciri ditawarkan.

image.png

Jika MMM mampu mengulangi formula kejayaan Triton dengan gabungan harga yang kompetitif dan sokongan rangkaian yang kukuh, XForce berpotensi untuk mengukuhkan kedudukannya walaupun dalam pasaran yang semakin banyak menerima pelbagai model ketika ini


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2026
Kereta Baru

06-03-2026
Berita Auto

26-09-2025
Global
Berita Auto
Pandu Uji

04-10-2024
Global

06-08-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.