Mazda 2 Sudah Tidak Lagi Dijual Di Malaysia

Berdasarkan sumber yang dipercayai, Carz.com.my difahamkan bahawa pengimport dan pengedar Mazda, Bermaz Auto (BAuto), telah menggugurkan Mazda 2 daripada barisan produknya.
Semakan pantas di laman web rasmi Mazda Malaysia yang dikendalikan oleh BAuto turut mendedahkan bahawa tawaran sedan dan hatchback segmen-B itu telah dikeluarkan daripada senarai sekali gus mengesahkan bahawa penjualan model berkenaan di Malaysia telah dihentikan.

Hakikatnya, persaingan yang semakin sengit daripada pesaing utama Jepun serta jenama tempatan berkemungkinan telah menentukan nasibnya.
Malah, statusnya sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari Thailand menyebabkan harganya lebih tinggi berbanding pesaing.
Kemas kini terakhir yang dilancarkan pada Disember 2023 menyaksikan Mazda 2 dijual pada harga RM108,670, atau RM109,610 dengan warna Soul Red Crystal.
Sebagai perbandingan, pesaing utama dari Jepun seperti Toyota Yaris dan Vios, serta Honda City dan City Hatchback, semuanya dipasang secara tempatan (CKD). Oleh itu, model-model ini menikmati harga yang lebih kompetitif, dengan harga permulaan antara RM84,900 hingga RM90,600.
Malah, Mazda 2 juga didapati lebih mahal berbanding Proton S70 yang walaupun diposisikan sebagai model segmen-C yang lebih besar dan lebih lengkap spesifikasinya, kini ditawarkan pada harga permulaan yang jauh lebih rendah dan mampu milik iaitu RM73,800.

Sekiranya anda masih berhasrat untuk memiliki Mazda 2 generasi ketiga sama ada dalam versi hatchback atau sedan, pilihan terbaik kini adalah mencarinya di pasaran kereta terpakai. Semakan pantas secara dalam talian menunjukkan harga sekitar RM27,000 hingga RM62,000, bergantung kepada usia dan jarak perbatuan kenderaan.
Mengimbas kembali, Mazda 2 generasi ketiga pertama kali diperkenalkan pada penghujung tahun 2014 sebelum mula dijual secara global pada 2015. Di Malaysia, jualannya juga bermula pada tahun yang sama dan model ini telah melalui beberapa kemas kini kecil sejak itu, namun trenkuasanya kekal tidak berubah.
Kedua-dua versi hatchback dan sedan berkongsi rangkaian kuasa Skyactiv khas Mazda, yang terdiri daripada enjin petrol suntikan terus 1.5 liter 4-silinder yang digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Enjin ini menghasilkan kuasa 114 hp dan tork 149 Nm yang disalurkan ke roda hadapan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge