ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, industri automotif Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak 820,752 unit.

Angka itu dilihat meningkat 0.5 peratus berbanding 816,747 unit pada 2024. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain, berkata pencapaian itu menandakan tahun kedua berturut-turut industri berjaya memecahkan rekod TIV tahunan.

image.png

Beliau berkata, ia sekali gus mengukuhkan kedudukan pasaran automotif tempatan yang kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Selain mencatatkan rekod tahunan, industri katanya turut merekodkan pencapaian tertinggi dalam sejarah bagi jualan bulanan dan suku tahunan, mencerminkan momentum kukuh terutamanya pada separuh kedua tahun lalu.

Katanya, TIV bulanan tertinggi pernah dicatatkan pada Disember 2025 dengan 90,716 unit, manakala TIV suku tahunan tertinggi direkodkan pada suku keempat 2025 sebanyak 241,416 unit.

image.pngimage.png

Prestasi itu katanya disokong oleh permintaan pengguna yang berdaya tahan, keadaan pembiayaan yang menggalakkan serta peningkatan penerimaan terhadap kenderaan elektrik (EV).

"Industri automotif Malaysia merekodkan satu lagi tahun penting pada 2025, dengan TIV melepasi 800,000 unit bagi tahun kedua berturut-turut serta mencapai rekod jualan bulanan dan suku tahunan.

"Prestasi ini didorong oleh permintaan pengguna yang kukuh, keadaan pembiayaan yang menggalakkan dan penerimaan yang semakin meningkat terhadap EV, sekali gus mencerminkan kekuatan industri serta peralihan ke arah mobiliti yang lebih maju dan mampan," katanya pada taklimat media pencapaian industri automotif Malaysia 2025.

image.pngimage.png

Beliau berkata, keadaan pembiayaan yang lebih baik turut memainkan peranan penting susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus sejak Julai 2025, sekali gus meningkatkan kemampuan pembiayaan pinjaman kenderaan.

Selain itu katanya, persekitaran sosio-politik yang stabil serta pasaran buruh yang positif, dengan kadar pengangguran mencecah paras terendah 11 tahun pada 2.9 peratus, yang turut menyumbang kepada keyakinan pengguna dan kestabilan pekerjaan.

"Dari segmen pasaran, Kenderaan Penumpang mencatatkan pertumbuhan, khususnya segmen SUV yang meningkat 13 peratus kepada 228,572 unit pada 2025 berbanding 201,565 unit pada 2024, disokong promosi agresif pengeluar dan pengedar terutamanya pada suku keempat.

image.pngimage.png

"Sebaliknya, jualan Kenderaan Perdagangan terus merosot untuk tahun kedua berturut-turut, susulan penamatan subsidi diesel pada Jun 2024, dengan penurunan 11 peratus pada 2025 berbanding kejatuhan 14 peratus pada 2024.

"Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) pula menunjukkan lonjakan ketara apabila meningkat 78 peratus, dipacu pelancaran model baharu termasuk daripada pengeluar nasional, di samping sumbangan tunggakan tempahan yang mengukuhkan pegangan pasaran pengeluar nasional kepada 62.3 peratus TIV," katanya.

image.png

Mengenai prospek 2026, Mohd Shamsor berkata, MAA menjangkakan pasaran automotif berdepan beberapa risiko penurunan, termasuk pertumbuhan ekonomi yang sederhana dengan KDNK diunjurkan berkembang antara 4.0 hingga 4.5 peratus.

Beliau berkata, ketidaktentuan perdagangan global, tekanan inflasi, kemungkinan perubahan dasar cukai berkaitan EV, serta kekangan pendapatan boleh guna akibat kos sara hidup yang meningkat berpotensi menjejaskan kuasa beli pengguna.

Namun, industri katanya masih mempunyai faktor sokongan, antaranya kadar pengangguran yang kekal rendah, permintaan berterusan terhadap kenderaan mampu milik dan jimat bahan api khususnya pengeluar nasional serta pembangunan ekosistem EV yang dijangka menarik pelaburan, pemindahan teknologi dan pertumbuhan jangka panjang.


"Pengenalan jenama dan model baharu, bersama strategi promosi menarik serta perkhidmatan nilai tambah, dijangka terus merancakkan pasaran automotif pada 2026, sekali gus mengekalkan daya tahan industri dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.


"TIV keseluruhan untuk 2026 diunjurkan pada 790,000 unit merangkumi 730,000 kenderaan penumpang dan 60,000 kenderaan perdagangan," katanya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.