Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.
EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari, berkata bayaran sekali gus sebanyak RM600 itu akan dibuat kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang layak.
Katanya, jumlah bantuan kewangan itu adalah berbentuk tunai yang akan disalur secara bayaran terus ke akaun menerusi 'Electronic Fund Transfer' (EFT).
"Permohonan perlu dibuat pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah secara dalam talian tanpa perlu mengemukakan borang dan lain-lain dokumen secara fizikal.
"Sumbangan insentif ini diharap dapat mengurangi beban dihadapi golongan berkenaan di Pulau Pinang untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pengguna," katanya dalam kenyataan.
Zairil berkata, insentif bantuan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah itu disalur sejak 2013 dan kini memasuki tahun ke-11.
"Sejak 2013 hingga 2025, jumlah keseluruhan insentif yang disumbang kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah berjumlah RM18.32 juta.
"Bagi 2026, bayaran pertama akan dibuat pada Mac depan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima," katanya.
Antara syarat bagi permohonan bantuan itu ialah warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di negeri ini; berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta memiliki Kad Pemandu.
Senarai penuh syarat boleh dilayari menerusi laman sesawang iSejahtera https://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7931
SELANGOR
BSR5459
JOHOR
JA1389J
PULAU PINANG
PSD7196
PERAK
APJ7713
PAHANG
CFH1450
KEDAH
KGH325
NEGERI SEMBILAN
NEK8946
KOTA KINABALU
SJT452
KUCHING
QAB1851P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahun Melawat Malaysia 2026, Pemandu Bakal Jalani Latihan Bahasa, Etika Pemanduan
Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Kementerian Pengangkutan (MOT) berhasrat untuk menyediakan latihan asas bahasa dan etika pemanduan kepada pemandu teksi di negara ini.
28-07-2025
1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026
Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.
22-05-2026
Gaduh Tak Bertempat: 2 Pemandu Tular Gara-Gara Aksi Silat, Muay Thai!
Tular aksi pemandu Perodua Bezza seperti bersilat, manakala pemandu Honda Civic FC seolah-olah mahu melakukan Muay Thai ketika bergaduh di sebuah tol Plaza di Pulau Pinang.
01-06-2025
Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.
22-05-2025
Tahun Baharu Cina: Pulau Pinang Sesak
Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.
26-01-2025
LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan
Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.
12-11-2024
Ini Senarai Laluan Yang Ditutup Di P.Pinang Sempena Thaipusam Bermula Sabtu
Sempena perayaan Thaipusam yang akan berlangsung tidak lama lagi, beberapa jalan utama di sekitar Pulau Pinang akan ditutup.
02-02-2023
[VIRAL] Terkejut! Banyak Kereta Disembur Cat, Suspek Rupanya...
Apabila vandalisme merosakkan bukan kemudahan awam tetapi harta peribadi, kereta.
07-01-2023
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
