ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2  yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China  telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

Berdasarkan laporan  Jakarta Globe, ia bukan sekadar usaha ‘pemasangan’ semata-mata kerana tahap kandungan tempatan yang diterapkan adalah agak tinggi  dilaporkan mencecah sehingga 46.5%. 

Selain itu, laporan tersebut turut memetik kenyataan eksekutif Geely yang menyatakan rancangan untuk menjadikan operasi berkenaan sebagai hab utama ASEAN bagi pengeluar automotif tersebut.

Terletak di Bekasi, kilang baharu milik Geely di Indonesia ini malah telah mempercepatkan proses pemasangan tempatan  EX2 lebih awal berbanding usaha rakan kongsinya, Proton, dan versi penjenamaan semula e.MAS 5 – di mana model tersebut masih diimport sepenuhnya (CBU) dari China, walaupun pemasangan CKD dikatakan berada dalam perancangan tahun ini.

Sebagai makluman, pengeluar automotif nasional Proton baru-baru ini telah membuka tempahan bagi model e.MAS 7 buatan Malaysia – yang diasaskan daripada model Geely Galaxy E5 – pada awal minggu ini. 

Dari segi harga pula, Geely EX2 buatan Indonesia ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding e.MAS 5. Di republik tersebut, EX2 bermula pada harga IDR229.9 juta, atau kira-kira RM54,600. Sebagai perbandingan, Proton e.MAS 5 bermula pada harga RM59,800 tanpa rebat.

image.pngimage.png

Apa yang turut menarik perhatian pada Geely EX2 buatan Indonesia ialah ia dilengkapi pek bateri 40.8 kWh sebagai standard – sedikit lebih besar berbanding pek 30.12 kWh (Prime) dan 40.16 kWh (Premium) yang ditawarkan pada e.MAS 5. Selain itu, kebanyakan spesifikasi lain adalah hampir serupa.

Geely turut menyatakan bahawa kilang baharu di Bekasi ini mampu mengeluarkan sehingga 60 kenderaan sehari bagi menyokong barisan model jenama tersebut yang semakin berkembang untuk pasaran Indonesia.

Berdasarkan pemerhatian ini, sekali lagi timbul persoalan tentang kedudukan inisiatif Automotive High-Tech Valley (AHTV) yang dicadangkan untuk Tanjung Malim dalam gambaran besar kerjasama Proton-Geely.

image.png

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kilang pemasangan EV khusus yang dibangunkan oleh P1 di hab utama Tanjung Malim bukan sahaja dirancang untuk model Proton e.MAS, malah juga untuk jenama dan model EV utama Geely yang lain.

Dengan kemudahan tersebut baru sahaja memulakan pengeluaran unit e.MAS 7 tempatan (CKD), kami menjangkakan ia masih mengambil masa sebelum mencapai kadar pengeluaran penuh. Sehingga itu, rakan kongsi Geely nampaknya telah menyediakan ‘pelan sandaran’ di luar Malaysia bagi memenuhi keperluan mereka sendiri.

image.png

Jadi, apa pendapat anda semua? Patutkah P1 mempercepatkan usaha dan bersaing seiring? Atau adakah Geely sepatutnya menunggu seketika dan memberi ruang kepada inisiatif AHTV yang disebut sebelum ini untuk dibangunkan dengan sempurna? 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
Global
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?

Geely EX2/Xingyuan terima kemas kini kecil di China selepas mengungguli carta jualan EV 2025. Perubahan ketara melibatkan kabin, kedudukan gear dan logo. Adakah e.MAS 5 CKD Malaysia akan terima naik taraf sama?

28-11-2025
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026
Berita Auto
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026
EV
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Berita Terkini

Global
Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD

Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD

Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.

27-11-2026
Global
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Global
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.

25-11-2026
Global
Panggil Balik  Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.