PROTON Teroka Pasaran Algeria Melalui Perkongsian Strategik

Proton Holdings Bhd (PROTON) sedang meneroka peluang perkongsian strategik termasuk pengedaran serta pemasangan daripada kit kenderaan pemasangan tempatan (CKD) bagi menembusi pasaran automotif Algeria yang semakin berkembang.
Minat pengeluar kereta nasional itu terhadap pasaran utama Afrika Utara berkenaan sejajar dengan dasar Algeria yang menggalakkan pengeluaran kenderaan secara tempatan bagi memenuhi permintaan domestik yang tinggi.
"PROTON sedang mencari peluang pelaburan berpotensi dalam pembuatan dan perkongsian tempatan," kata Duta Besar Malaysia ke Algeria, Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan, kepada Bernama pada Isnin.
Beliau berkata, Muhamad Azwan Muhamad Nor, Pengurus Serantau PROTON bagi Afrika Utara daripada bahagian jualan antarabangsa syarikat itu, baru-baru ini mengadakan lawatan ke Algeria bagi mengkaji potensi peluang perniagaan dan pelaburan dalam sektor automotif.

Menurut Rizany, Algeria dilihat sebagai pasaran penting dalam strategi pertumbuhan antarabangsa PROTON berikutan populasi yang besar, permintaan kenderaan yang belum dipenuhi serta tumpuan kerajaan negara itu terhadap pembangunan pembuatan domestik.
Dalam lawatan berkenaan, Muhamad Azwan turut mengadakan pertemuan dengan kumpulan perniagaan utama bagi menilai keadaan pasaran serta potensi kerjasama strategik.
PROTON, katanya, sedang mempertimbangkan pendekatan berperingkat untuk memasuki pasaran Algeria, bermula dengan penubuhan rangkaian pengedar sebelum beralih kepada penubuhan kilang pemasangan separa (SKD) dan CKD, seterusnya melabur dalam kemudahan pembuatan penuh.
Permintaan kenderaan di Algeria dianggarkan sekitar satu juta unit setahun berdasarkan penilaian industri.
BERNAMA
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
