- Berita
- Kereta Baru
- Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard. Dijual pada harga bermula RM147,600, model ini tiba hanya beberapa bulan selepas membuat kemuculan sulungnya di peringkat global pada Oktober 2025.
Apakah Perbezaan Prestasi Antara Model 3 Standard Dan Premium RWD?
Walaupun dilabel sebagai "Standard", varian ini sebenarnya menawarkan jarak gerak yang lebih jauh berbanding versi Premium RWD:
- Jarak Gerak (WLTP): Varian Standard mampu mencecah 534 km, lebih baik berbanding 520 km pada versi Premium RWD.
- Pecutan 0-100 km/j: Hanya berbeza 0.1 saat, di mana varian Standard mencatatkan masa 6.2 saat.
- Sistem Suspensi: Berbeza dengan versi Highland yang menggunakan penyerap hentak frequency dependent, varian Standard kembali menggunakan sistem suspensi pasif sepenuhnya (seperti model pra-Highland).
Bagaimana Cara Mengenali Model 3 Standard Dari Luaran?
Jika dilihat sekali imbas, ia nampak serupa, namun ada beberapa perincian unik:
- Rim Baharu: Ia didatangkan dengan rim 18 inci rekaan Prismata. Tiada pilihan untuk naik taraf ke rim 19 inci Nova.
- Pilihan Warna Terhad: Selain warna Stealth Grey (percuma), anda hanya boleh memilih Pearl White atau Diamond Black dengan kos tambahan RM5,000. Warna premium lain tidak ditawarkan untuk varian ini.

Apa Ciri Mewah Yang 'Dibuang' Untuk Mengekalkan Harga Murah?
Bagi mencapai jualan harga di bawah RM150k, Tesla melakukan beberapa perubahan ketara pada ruang kabin:
- Sistem Audio: Jumlah pembesar suara dikurangkan kepada 7 unit (berbanding 9 pada Premium RWD) dan tiada lagi fungsi radio FM.
- Kekemasan Dalaman: Tiada lampu ambien pada papan pemuka serta lampu poket pintu. Kemasan kulit dan microsuede digantikan dengan material fabrik.
- Pelarasan Kerusi & Stereng: Stereng kini dilaraskan secara manual. Selain itu, butang pelarasan pada kerusi dibuang, anda perlu menggunakan skrin sesentuh untuk melaras posisi duduk (namun fungsi memori profil pemandu masih dikekalkan).
- Keselesaan: Kerusi hadapan hanya mempunyai fungsi pemanas (tiada pengudaraan), manakala kerusi belakang kehilangan fungsi pemanas. Paling ketara, skrin sentuh penumpang belakang telah dibuang dan corong AC belakang kini dikawal secara manual.
Juga Menarik: Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000
Adakah Teknologi Autopilot Dan Keselamatan Masih Dikekalkan?
Berita baiknya, Tesla tidak berkompromi dalam aspek teknologi utama. Pembeli masih mendapat:
- Basic Autopilot sebagai standard.
- Sistem kamera penuh yang berfungsi sebagai dashcam.
- Pilihan untuk menambah Enhanced Autopilot (EAP) atau Full Self-Driving (FSD).
- Cermin sisi masih boleh boleh dikawal secara automatik, namun kehilangan fungsi malap automatik (auto-dimming).
Juga Menarik: Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur
Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
19-02-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights
Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.
21-10-2025
Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000
Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.
03-10-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



