UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat satu pencapaian penting menerusi prapelancaran Program Kampus Mobiliti Pintar, inisiatif yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan mobiliti pelajar serta memperkukuh kerjasama antara akademi dan industri.
Prapelancaran program berkenaan disempurnakan oleh Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim pada Jumaat lalu dalam satu sesi eksklusif yang berlangsung di Kampus UTM Kuala Lumpur, bersama-sama Dekan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Prof Madya Dr Nurulakmar Abu Husain.

Dalam ucapannya, Mohd Shafry memuji inovasi serta usaha bersama pasukan projek, sekali gus inisiatif itu mencerminkan komitmen UTM terhadap kerjasama berimpak tinggi antara akademia dan industri selari dengan slogan universiti, "Menginovasi Penyelesaian Lestari".
"Pihak kepimpinan UTM melihat program ini sebagai penanda aras berpotensi bagi integrasi kampus pintar, keusahawanan belia dan pembangunan infrastruktur pengangkutan lestari, serta memperkukuh peranan universiti dalam membentuk ekosistem pendidikan tinggi yang bersedia menghadapi masa hadapan yang dipacu teknologi.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan pelan strategik UTM ASCEND 2030, Program Kampus Mobiliti Pintar ini mencerminkan komitmen UTM dalam memupuk inovasi yang bertanggungjawab dan berteraskan nilai, demi memperkasa kesejahteraan masyarakat, kelestarian serta kemajuan nasional menerusi kerjasama berkesan antara akademia dan industri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar, selain memberikan pendedahan langsung dalam pembangunan syarikat pemula, kejuruteran aplikasi dan sistem pengurusan pintar.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8259
SELANGOR
BST6476
JOHOR
JE1646J
PULAU PINANG
PSF4980
PERAK
APL4351
PAHANG
CFH7161
KEDAH
KGJ710
NEGERI SEMBILAN
NEL8129
KOTA KINABALU
SJU942
KUCHING
QAB5501P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


