Analisis Pasaran Automotif Januari 2026: Jualan Jatuh 30%, Ini Kupasannya...
![]()
Industri automotif Malaysia membuka tirai tahun 2026 dengan sedikit perlahan apabila angka pendaftaran kenderaan baharu mencatatkan penurunan sebanyak 30% bagi bulan Januari.
Perkara tersebut portal rasmi negara, data.gov.my, yang menunjukkan bahawa hanya sebanyak 67,995 unit kenderaan didaftarkan pada Januari 2026, berbanding 96,970 unit pada Disember tahun lalu.
Walau bagaimanapun, pakar industri melihat trend ini sebagai satu fenomena bermusim yang biasa berlaku setiap awal tahun selepas pengeluar ‘memerah keringat’ untuk menghabiskan stok pada akhir tahun. Namun, di sebalik penurunan ini, ada 'cerita' menarik mengenai penguasaan teknologi hijau (xEV).
Adakah Enjin Petrol (ICE) Masih Raja Di Jalan Raya?
Ya, model-model kereta dengan sistem enjin pembakaran dalaman (ICE) atau petrol masih lagi mendominasi sebahagian besar pasaran Malaysia. Data mendedahkan, sebanyak 56,863 unit atau 83.6% daripada keseluruhan jualan Januari adalah model petrol.

Proton Saga kekal sebagai raja ICE dengan 10,285 unit, diikuti rapat oleh barisan kereta Perodua iaitu Bezza (8,431), Axia (6,581), Myvi (4,819) dan Alza (3,012).
Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tetap memilih model yang dikenali ramai, mampu milik, dan mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah.
Bagaimana Pula Dengan Kenderaan Elektrik (EV)?
Walaupun pasaran automotif secara keseluruhannya menunjukkan kemerosotan jualan, segmen EV menunjukkan daya tahan yang luar biasa dengan 6,239 pendaftaran (9.2% pegangan pasaran).
Model sulung elektrik Proton, e.MAS 5, mendominasi carta dengan 3,068 unit, jauh meninggalkan Zeekr 7X (426) dan BYD Atto 3 (389).
-full_normal.jpg)
Selain itu, jenama Chery iCaur V23 (268) dan Proton e.MAS 7 (208) terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran elektrik tempatan.
Prestasi yang dicatatkan dalam segmen kereta elektrik jelas menunjukkan bahawa permintaan terhadap model-model ini tidak lagi bergantung kepada faktor insentif.
Sejauh Mana Kekuatan Segmen Hibrid Di Malaysia?
Segmen hibrid mencatatkan 2,155 unit pendaftaran (3.2%). Secara keseluruhan, gabungan EV dan hibrid (xEV) mengekalkan pegangan pasaran pada 12.4%, angka yang sama seperti bulan Disember. Ini membuktikan pengguna Malaysia sudah mula menerima teknologi elektrifikasi.

Toyota Corolla Cross Hybrid masih menjadi pilihan ramai dengan pendaftaran mencecah 430 unit, diikuti GWM Haval H6 Hybrid (336) dan Chery Tiggo (297).
Model Apakah Juara Bagi Kategori Diesel Dan Trak Pikap?
Segmen diesel menyusut kepada 2,738 unit, merangkumi 4.0% daripada pegangan pasaran selepas mencatatkan prestasi kukuh pada penghujung 2025.
-full_normal-full_normal.jpg)
Momentum sektor komersial dilihat semakin perlahan pada awal tahun ini, mencerminkan fasa bertenang selepas lonjakan aktiviti pembelian fleet yang berlaku pada hujung tahun 2025.
Model Toyota Hilux kekal tidak tergugat dengan jualan sebanyak 1,338 unit, hampir separuh daripada jumlah jualan diesel. Pencabarnya yang lain, Mitsubishi Triton, terjual sebanyak 369 unit, Isuzu D-Max sebanyak 261 unit dan Ford Ranger sebanyak 251 unit.
Apa Yang Kita Boleh Jangkakan Untuk Saki-Baki Tahun 2026?
Walaupun tahun 2026 bermula dengan angka yang agak rendah, pasaran automotif Malaysia sebenarnya sedang berada dalam fasa transisi yang sihat. Kekalnya pegangan pasaran xEV pada kadar 12.4% menunjukkan rakyat Malaysia semakin yakin dengan teknologi hibrid dan elektrik.
Dengan persaingan sengit antara jenama tempatan dan pengeluar dari China yang menawarkan harga lebih kompetitif, tahun 2026 dijangka bakal menyaksikan lebih banyak pengenalan model hibrid (PHEV) dan EREV yang akan terus mengubah landskap mobiliti negara.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3490
SELANGOR
BSV4164
JOHOR
JJ3324J
PULAU PINANG
PSH6951
PERAK
APN3497
PAHANG
CFJ5121
KEDAH
KGK395
NEGERI SEMBILAN
NEM7309
KOTA KINABALU
SJV3892
KUCHING
QAB1400Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit
Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.
26-02-2025
Malaysia Kini Pasaran Automotif Kedua Terbesar ASEAN, Mendahului Thailand
Malaysia kini telah mendahului Thailand sebagai pasaran automotif terbesar kedua di Asia Tenggara.
17-05-2024
Jualan Kenderaan Menurun, Di Mana Silapnya? – Model Petrol & Diesel Kekal Dominasi, EV Makin Perlahan
Portal data terbuka rasmi Malaysia, data.gov.my mendedahkan bahawa jualan kenderaan semakin menurun. Di mana silapnya?
14-10-2024
Berita Terkini
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan
KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge





-full_normal.jpg)
