Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.
Ia ditawarkan dalam versi sedan dan wagon Avant, sekali gus menggantikan secara langsung RS4 Avant generasi terdahulu serta RS5 saloon.


Sebagai model PHEV berprestasi tinggi pertama dalam sejarah Audi Sport, RS5 baharu ini mengekalkan enjin 2.9 liter V6 twin-turbo daripada pendahulunya, yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 503 hp dan 600 Nm.
Namun, Audi merasakan angka tersebut masih belum mencukupi, lalu menambah motor elektrik sebanyak 174 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Untuk itu, ia mampu menghasilkan jumlah gabungan 630 hp dan 825 Nm.
Ini menjadikan RS5 baharu 157 hp lebih berkuasa berbanding BMW M3 Competition xDrive. Audi mendakwa RS5 mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam masa 3.6 saat serta kelajuan maksimum terhad 285 km/j.


Motor elektrik tersebut dikuasakan oleh pek bateri 22 kWh yang besar, yang menurut Audi mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 80 km.
Seperti PHEV lain di pasaran, bateri ini boleh dicas melalui enjin itu sendiri atau disambungkan kepada pengecas AC 11 kW, namun tiada maklumat mengenai keupayaan pengecasan DC.
Selain rangkaian kuasa V6 PHEV baharu itu, RS5 juga menerima pelbagai naik taraf mekanikal, termasuk versi terkini sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro Audi yang kini mengintegrasikan diferensial tengah. T
Turut diperkenalkan ialah Dynamic Torque Control, iaitu sistem pengagihan tork elektromechanikal pada gandar belakang yang mampu mengagihkan tork antara roda belakang dalam masa milisaat.
Kuasa membrek pula disediakan oleh cakera brek keluli bersaiz 420 mm di hadapan dan 400 mm di belakang, yang boleh dinaik taraf kepada brek karbon seramik RS pilihan dengan berat 30 kg lebih ringan walaupun berdiameter lebih besar, iaitu 440 mm di hadapan dan 410 mm di belakang.
Dari segi berat, RS5 baharu ini sememangnya bukan sebuah kereta ringan, hasil gabungan rangkaian kuasa elektrik serta pelbagai komponen mekanikal tambahan.
Audi menyatakan model sedan mencatat berat 2,355 kg termasuk pemandu, manakala versi Avant wagon menambah lagi 15 kg kepada jumlah 2,370 kg, sekali gus menghampiri kategori berat BMW M5 G90.

Dari sudut reka bentuk, kedua-dua RS5 sedan dan Avant diasaskan pada Audi A5 generasi ketiga, yang menyaksikan jenama dari Ingolstadt itu menggabungkan A4 dan A5.
Seperti model RS yang lain, RS5 baharu tampil lebih agresif berbanding versi standard dengan kit badan RS yang lebih sporty, termasuk gril hadapan sarang lebah bersaiz besar, lampu dengan signatur bendera petak khas, diffuser belakang besar dengan sirip menegak.
Ssementara itu, ia juga dipasang dengan ekzos sport RS dengan muncung ekzos oval berkembar kemasan matte gelap, rim 21 inci dua tona potongan berlian warna hitam phantom dengan aksen matte, angkup brek RS rona gangsa, dan banyak lagi.

Menjengah bahagian dalaman, RS5 baharu dilengkapi konfigurasi tiga skrin seperti model bukan RS, bersama beberapa elemen khusus RS.
Ini termasuk stereng sport RS, tempat duduk sport RS dengan jahitan corak sarang lebah serta fungsi pengudaraan, kemasan vanadium metalik gelap, dan banyak lagi. Seperti model Audi RS lain, pelanggan juga boleh memilih pelbagai pilihan penyesuaian dalaman, daripada warna upholsteri hinggalah kemasan dan sebagainya.

Pembeli di Eropah kini sudah boleh membuat tempahan untuk Audi RS5 2026 dimana penghantaran dijangka bermula pada penghujung musim panas tahun ini. Model baharu ini akan dipasang di kilang Audi di Neckarsulm, Jerman, namun butiran harga masih belum diumumkan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

