ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

Ia ditawarkan dalam versi sedan dan wagon Avant, sekali gus menggantikan secara langsung RS4 Avant generasi terdahulu serta RS5 saloon.

image.pngimage.png

Sebagai model PHEV berprestasi tinggi pertama dalam sejarah Audi Sport, RS5 baharu ini mengekalkan enjin 2.9 liter V6 twin-turbo daripada pendahulunya, yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 503 hp dan 600 Nm.

Namun, Audi merasakan angka tersebut masih belum mencukupi, lalu menambah motor elektrik sebanyak  174 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Untuk itu, ia mampu menghasilkan jumlah gabungan 630 hp dan 825 Nm.

Ini menjadikan RS5 baharu 157 hp lebih berkuasa berbanding BMW M3 Competition xDrive. Audi mendakwa RS5 mampu memecut dari  0–100 km/j hanya dalam masa 3.6 saat serta kelajuan maksimum terhad 285 km/j.

image.pngimage.png

Motor elektrik tersebut dikuasakan oleh pek bateri 22 kWh yang besar, yang menurut Audi mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 80 km.

Seperti PHEV lain di pasaran, bateri ini boleh dicas melalui enjin itu sendiri atau disambungkan kepada pengecas AC 11 kW, namun tiada maklumat mengenai keupayaan pengecasan DC.

Selain rangkaian kuasa V6 PHEV baharu itu, RS5 juga menerima pelbagai naik taraf mekanikal, termasuk versi terkini sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro Audi yang kini mengintegrasikan diferensial tengah. T

Turut diperkenalkan ialah Dynamic Torque Control, iaitu sistem pengagihan tork elektromechanikal pada gandar belakang yang mampu mengagihkan tork antara roda belakang dalam masa milisaat.

Kuasa membrek pula disediakan oleh cakera brek keluli bersaiz 420 mm di hadapan dan 400 mm di belakang, yang boleh dinaik taraf kepada brek karbon seramik RS pilihan dengan berat 30 kg lebih ringan walaupun berdiameter lebih besar, iaitu 440 mm di hadapan dan 410 mm di belakang.

Dari segi berat, RS5 baharu ini sememangnya bukan sebuah kereta ringan, hasil gabungan rangkaian kuasa elektrik serta pelbagai komponen mekanikal tambahan.

Audi menyatakan model sedan mencatat berat 2,355 kg termasuk pemandu, manakala versi Avant wagon menambah lagi 15 kg kepada jumlah 2,370 kg, sekali gus menghampiri kategori berat BMW M5 G90.

image.png

Dari sudut reka bentuk, kedua-dua RS5 sedan dan Avant diasaskan pada Audi A5 generasi ketiga, yang menyaksikan jenama dari Ingolstadt itu menggabungkan A4 dan A5.

Seperti model RS yang lain, RS5 baharu tampil lebih agresif berbanding versi standard dengan kit badan RS yang lebih sporty, termasuk gril hadapan sarang lebah bersaiz besar, lampu dengan signatur bendera petak khas, diffuser belakang besar dengan sirip menegak.

Ssementara itu, ia juga dipasang dengan ekzos sport RS dengan muncung ekzos oval berkembar kemasan matte gelap, rim 21 inci dua tona potongan berlian warna hitam phantom dengan aksen matte, angkup brek RS rona gangsa, dan banyak lagi.

image.png

Menjengah  bahagian dalaman, RS5 baharu dilengkapi konfigurasi tiga skrin seperti model bukan RS, bersama beberapa elemen khusus RS.

Ini termasuk stereng sport RS, tempat duduk sport RS dengan jahitan corak sarang lebah serta fungsi pengudaraan, kemasan vanadium metalik gelap, dan banyak lagi. Seperti model Audi RS lain, pelanggan juga boleh memilih pelbagai pilihan penyesuaian dalaman, daripada warna upholsteri hinggalah kemasan dan sebagainya.

image.png

Pembeli di Eropah kini sudah boleh membuat tempahan untuk Audi RS5 2026 dimana  penghantaran dijangka bermula pada penghujung musim panas tahun ini. Model baharu ini akan dipasang di kilang Audi di Neckarsulm, Jerman, namun butiran harga masih belum diumumkan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

07-10-2022

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.