Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Rely P3X.
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini, lapor laman berita automotif, CarNewsChina.
Model ini menggunakan kod nama KP31. Sebelum ini, model tersebut telah diperkenalkan di China dengan nama Rely P3X. Ia dilengkapi enjin pembakaran dalaman (ICE) 2.5 liter dan mempunyai kapasiti muatan 1 tan.
Seperti mana diketahui umum, Chery kini giat meneroka segmen trak pikap memandangkan pada tahun lalu, Chery melancarkan Rely R08 di pasaran domestik dengan harga permulaan 88,800 yuan (RM50,500).
Model ini kemudiannya memasuki pasaran luar negara seperti Amerika Latin dan Timur Tengah. Di sesetengah negara, trak ini dikenali sebagai Chery Himla.
Chery turut mendedahkan hasratnya untuk menjadikan Rely sebagai jenama bebas dalam rangkaian model trak pikap. Untuk itu, Rely R08, Rely R08 Pro dan Rely R08 EV telah pun menyertai barisan produk tersebut.
Tahun lalu, Chery memperkenalkan dua kereta konsep yang bakal menjadi sebahagian daripada jenama Rely, iaitu P2X dan P3X.

Terbaharu, pihak Chery mengumumkan bahawa Rely P3X akan memasuki pasaran Australia di bawah jenama Chery pada tahun ini.
Chery KP31 (Rely P3X) telah diperkenalkan di Australia sebagai kereta konsep. Ia akan mula dijual di pasaran tempatan pada suku keempat 2026. Model ini juga dikenali dengan kod nama KP31. Tahun lalu, Chery Commercial Vehicle (Shandong) telah mengeluarkan tender bagi peralatan pemasangan akhir model ini.
Ruang but P3X.
Kereta konsep Chery KP31 mendedahkan ia dilengkapi dengan kabin berkembar bersaiz besar dengan panjang 5,610 mm, reka bentuk berkotak, lampu hadapan jenis bulat, bampar besar dan kemasan plastik di sekeliling badan.
Sekilas pandang, ia kelihatan seperti Jeep Gladiator yang sedikit membulat. KP31 menggunakan tayar BF Goodrich AT, cermin sisi bersaiz besar, pemegang pintu tradisional serta lencana Chery bercahaya yang besar.
Platform KP31.
Kenderaan ini didakwa sebagai trak pikap pertama di dunia yang menggunakan rangkaian kuasa PHEV diesel. Ia dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman 2.5 liter dengan kecekapan terma setinggi 47%.
Bagaimanapun tiada maklumat terperinci mengenai komponen elektrik rangkaian kuasa Chery KP31. Namun, platform diesel-PHEV KP31 sebelum ini telah dipamerkan di China dengan sistem pacuan empat roda (4WD) manakala pek bateri dipasang di bahagian belakang.
Pengeluar automotif China itu menjanjikan bahawa PHEV diesel ini akan menawarkan kapasiti muatan 1 tan dan keupayaan menunda sehingga 3.5 tan. Ia dilaporkan memberi tumpuan kepada pemanduan lebuh raya, dengan getaran 30% lebih rendah dan penggunaan bahan api 10% lebih rendah. Spesifikasi penuh Chery KP31 (Rely P3X) masih belum diumumkan.
Ute Chery ini akan memasuki segmen pasaran Australia yang agak sesak. Ia akan bersaing dengan model kukuh seperti BYD Shark 6 dan GWM Cannon Alpha Hi4 (Shanhai Poer).
Pengeluar kereta yang berpangkalan di Wuhu itu menyasarkan untuk menarik pelanggan melalui sistem hibrid plug-in berkuasa diesel. Pada tahun 2027, varian baharu dengan sistem PHEV berkuasa petrol turut akan memasuki pasaran Australia.

Chery Rely P3X kelihatan garang.
Apapun trak pikap Chery ini akan memasuki segmen pasaran Australia dimana Ia akan bersaing dengan model seperti BYD Shark 6 dan GWM Cannon Alpha Hi4 (Shanhai Poer).
Pengeluar kereta yang berpangkalan di Wuhu itu turut menyasarkan untuk menarik pelanggan melalui sistem hibrid plug-in berkuasa diesel. Pada tahun 2027, varian baharu dengan sistem PHEV berkuasa petrol turut akan memasuki pasaran Australia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge