ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis

Suhana Veru

Kongsi melalui

Image-1.JPG

Jetour  Malaysia  secara rasmi  melancarkan JETOUR Malaysia Club  sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama di pasaran tempatan. 

Acara tersebut menerima sambutan amat memberangsangkan daripada pemilik JETOUR Dashing dan VT9 yang hadir untuk menyertai konvoi dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur ke Resorts World Awana, Genting. 

Image-2.JPGImage-5.jpg

Inisiatif ini mencerminkan komitmen jenama terhadap konsep perjalanan bersama, mobiliti gaya hidup serta membina komuniti pemilik yang lebih erat, melangkaui pemanduan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Fu Yong, berkata, acara pemilik sulung ini mencerminkan bagaimana pihaknya merealisasikan strategi Travel+ di Malaysia serta komitmen  dalam mempertingkatkan pengalaman pemilikan kenderaan. 

"Kami percaya hubungan dengan pelanggan tidak terhenti pada saat pembelian sahaja. Melalui JETOUR Malaysia Club, inisiatif pendidikan seperti JETOUR 101 Car Clinic dan peluasan rangkaian sokongan, kami komited membina komuniti pemilik yang yakin dan saling terhubung, selain  memperkukuh asas perkhidmatan selepas jualan," katanya.

Untuk makluman, Jetour Malaysia Club berfungsi sebagai platform khusus untuk para pemilik berinteraksi, berkongsi pandangan serta menyertai pelbagai aktiviti anjuran jenama pada masa hadapan.

Image-8.jpg

Lebih daripada sekadar kelab pemilik konvensional, ia memperkukuh komitmen jangka panjang JETOUR dalam memperkasa hubungan berterusan dengan pelanggan, bukan hanya terhad kepada penyerahan kenderaan semata-mata.

Selain  penganjuran acara komuniti, JETOUR Malaysia terus memperluaskan  rangkaian jualan serta perkhidmatannya di seluruh negara.

Ketika ini, terdapat 31 pusat jualan dan servis sah termasuk di Sabah dan Sarawak, merangkumi fasiliti 1S, 2S, 3S dan 4S yang menyediakan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan, alat ganti serta kemudahan badan dan cat.

Image-9.jpg

Kenderaan JETOUR turut disokong oleh program jaminan komprehensif yang merangkumi jaminan enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km, jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, serta lima servis percuma termasuk kos buruh dan alat ganti, sekali memberikan ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR Malaysia, layari, https://jetour.com.my

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-08-2026
Berita Auto

16-02-2026
Pandu Uji

12-02-2026
Berita Auto

09-02-2026
Berita Auto

04-02-2026
Kereta Baru

26-01-2026
Berita Auto
Kereta Baru

Berita Terkini

Gaya Hidup
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Gaya Hidup

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!

03-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.