ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jetour-Malaysia-2026Plans-MBA-10.jpg


Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan kepada pelanggan.


Dalam majlis bersama media baru-baru ini, jenama yang berpangkalan di Wuhu, China ini bukan sahaja berkongsi kejayaan yang telah dicapai setakat ini di pasaran Malaysia, malah membentangkan pelan agresif untuk tahun 2026. Fokus utama mereka? Membina kepercayaan jangka panjang rakyat Malaysia melalui rangkaian servis yang lebih luas dan produk yang lebih 'garang'.


Rangkaian Pusat Jualan & Servis Jetour Di Malaysia


Jetour-Malaysia-2026Plans-MBA-7.jpgJetour-Malaysia-2026Plans-MBA-1.jpg


Untuk kemudahan pemilik Jetour, syarikat komited untuk menambah bilangan cawangan mereka secara drastik:

  • Sasaran 2026: Meluaskan rangkaian cawangan sehingga 50 lokasi menjelang akhir tahun ini.
  • Status Semasa: Setakat ini, Jetour sudah mempunyai 31 pusat jualan dan servis sah di 13 negeri dan wilayah di seluruh Malaysia.

Pertambahan cawangan ini bertujuan memberikan sokongan selepas jualan yang lebih efisien dan dekat dengan pengguna.


Pembukaan Ibu Pejabat Jetour Malaysia


Jetour-Malaysia-2026Plans-MBA-6.jpg


"Syarikat itu juga mendedahkan rancangan penubuhan ibu pejabat baharu di Glenmarie, Shah Alam. Selain menjadi pejabat pentadbiran, HQ ini akan berperanan sebagai pusat servis flagship, pusat latihan teknikal bagi rantau ini, serta fasiliti khas pertama untuk pengurusan media dan penghasilan kandungan digital.


Apakah Model SUV Baharu Yang Bakal Menggegarkan Pasaran?


Jetour-Malaysia-2026Plans-MBA-11.jpgJetour-Malaysia-2026Plans-MBA-5.jpg


Tahun 2026 bakal menyaksikan Jetour melancarkan pelbagai model SUV yang merentasi pelbagai segmen, namun siri-T yang berimej lasak sebagai model off-road akan menjadi peneraju. Berikut adalah antara model yang akan diperkenalkan: 

  • Jetour T2: Model yang paling dinantikan dan sudah beberapa kali dipertontonkan di Malaysia. Pelancaran rasminya dijangka berlangsung tidak lama lagi.
  • Jetour T1: "Adik" kepada T2 yang baru-baru ini menerima penafaran lima bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

Selain model tersebut, Jetour mendedahkan bahawa syarikat akan memastikan setiap spektrum SUV akan ‘muncul’ dengan wakil masing-masing bagi memenuhi selera pembeli yang berbeza.


Apakah Komitmen Jangka Panjang Jetour Di Malaysia?


Jetour-Malaysia-2026Plans-5.jpg


Naib Presiden Jetour Auto Malaysia, Nicholas Ng


Naib Presiden Jetour Auto Malaysia, Nicholas Ng, menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai pasaran utama dalam strategi pertumbuhan global jenama itu.


“Komitmen kami terhadap pasaran Malaysia tidak berbelah bahagi. Strategi kami adalah untuk memperkenalkan SUV yang bukan sahaja unik, malah disokong oleh pelaburan infrastruktur yang kukuh. Ini adalah kunci untuk membina kredibiliti jangka panjang JETOUR di mata rakyat Malaysia,” jelas Nicholas Ng.

Juga Menarik: Jetour Tukar Logo Baharu

Jetour-Malaysia-2026Plans-MBA-9.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G

JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G

Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.

22-10-2026
Berita Auto
Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global

Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global

SUV Berkotak JETOUR: Gaya Off-Road Kini di Pasaran Global.

15-10-2026
Berita Auto
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Perodua menerajui carta jualan September 2026.

15-10-2026
Berita Auto
Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?

Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?

Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.

27-01-2026
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian

Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian

Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

20-10-2025
Kereta Baru
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.

09-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto
Harga Minyak Mingguan

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Malaysia Pasang Lebih  10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.