ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kerajaan China 'Hilang Sabar' Dengan Trend Minimalis, Stereng 'Yoke', Kawalan Skrin Sentuh Bakal Diharamkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Model-S-Yoke-(2).jpg


Kerajaan China nampaknya sudah ‘hilang sabar’ dengan trend reka bentuk kereta moden yang keterlaluan. Dalam satu langkah drastik untuk memperkasakan keselamatan jalan raya, negara tembok besar itu bakal mengharamkan penggunaan stereng jenis 'yoke' (separuh) dan mewajibkan semula penggunaan butang fizikal untuk kawalan sistem penting kenderaan. 


Inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China ini dilihat sebagai satu ‘tamparan hebat’ buat pengeluar seperti Tesla dan Xiaomi yang selama ini 'memuja' konsep rekaan kabin minimalis dan penggunaan skrin sentuh semata-mata.


Mengapa Stereng 'Yoke' Bakal Diharamkan Di China?


Model-S-Yoke-(3).jpg


Mulai 1 Januari 2027, piawaian baharu bakal dikuatkuasakan. Berdasarkan draf tersebut, reka bentuk stereng separuh atau 'yoke' didapati gagal memenuhi kriteria keselamatan impak yang ketat. Antara punca utamanya:

  • Risiko Kecederaan Parah: Statistik menunjukkan 46% kecederaan pemandu berpunca daripada mekanisme stereng. Stereng bulat tradisional memberi kawasan perlindungan (buffer) yang luas, manakala stereng separuh menyebabkan badan pemandu terdedah kepada impak sekunder.
  • Isu Beg Udara: Reka bentuk 'yoke' yang tidak sekata menyukarkan pengesahan corak pecah (fracture pattern) semasa beg udara meletup, sekali gus membahayakan nyawa pemandu.
  • Kesukaran Memandu: Pemandu melaporkan kesukaran melakukan pusingan U atau parkir dengan satu tangan, selain risiko terlanggar skrin papan pemuka secara tidak sengaja.

Skrin Sentuh Juga Jadi Sasaran Pengharaman?


China juga kini menyasarkan sistem kenderaan yang terlalu bergantung kepada skrin digital. Dalam draf peraturan baharu, kerajaan mewajibkan fungsi keselamatan asas mesti dikawal melalui suis atau butang fizikal yang tetap.


Fungsi kritikal yang wajib mempunyai butang fizikal (saiz minimum 10mm x 10mm) termasuklah:

  • Lampu Isyarat: Tiada lagi butang sentuh pada stereng.
  • Lampu Kecemasan: Mesti mudah dicapai tanpa perlu skrol menu.
  • Pemilihan Gear & Panggilan Kecemasan: Wajib menggunakan suis mekanikal bagi mengelakkan kegagalan sistem digital semasa kecemasan.

Bagaimana Dengan Teknologi Pemanduan Autonomi?


Bukan sekadar butang dan stereng, China turut memperincikan piawaian bagi sistem pemanduan bantuan tahap tinggi (L3 dan L4). Kerajaan menegaskan bahawa sistem autonomi mestilah:

  • Setaraf Pemandu Manusia: Tahap keselamatan sistem mestilah sekurang-kurangnya sama hebat dengan pemandu manusia yang cekap dan fokus.
  • Risiko Minimum: Jika sistem gagal atau pemandu tidak mengambil alih stereng, kenderaan mesti berupaya bergerak kepada keadaan stabil dan berhenti secara automatik.
  • Bukti Dokumentasi: Pengeluar wajib menyediakan bukti dokumen berstruktur bahawa sistem mereka mampu mengendalikan senario kritikal berisiko tinggi.

Era Reka Bentuk Kabin Minimal Bakal Berakhir?


Langkah China ini kemungkinan besar akan mencetuskan ‘kesan domino’ kepada pasaran automotif global. Memandangkan China adalah pasaran kereta terbesar dunia, pengeluar global sama ada dengan rela atau tidak rela terpaksa mengubah semula reka bentuk kabin masing-masing untuk mematuhi piawaian ini.


Ini juga dilihat sebagai langkah keselamatan susulan selepas China menjadi negara pertama mengharamkan pemegang pintu tersembunyi awal bulan ini.


Kembali Kepada Sistem ‘Tradisional’ Demi Nyawa


Keputusan China ini membuktikan bahawa secanggih mana pun teknologi, ergonomik dan keselamatan fizikal tidak boleh diketepikan. Pengguna kini mungkin boleh menarik nafas lega kerana butang fizikal yang lebih mesra pengguna akan kembali menjadi standard industri, sekali gus mengurangkan gangguan fokus semasa memandu.

Sumber: CarNewsChina | The Edge Singapore

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Berita Auto
Jepun Bukan Lagi Penjual Kereta Terbesar Dunia, China Rampas Takhta

Jepun Bukan Lagi Penjual Kereta Terbesar Dunia, China Rampas Takhta

Buat pertama kalinya dalam sejarah, negara yang rancak mengeluarkan kenderaan, China, secara rasmi merampas gelaran penjual kereta terbesar di dunia bagi tahun 2025,

31-12-2025
Global
China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global
Beberapa Ciri Autonomi Kini Diharamkan,  OTA Perlu Kelulusan Di China

Beberapa Ciri Autonomi Kini Diharamkan, OTA Perlu Kelulusan Di China

China kini mengambil langkah tegas dalam menyelia teknologi pemanduan autonomi selepas beberapa insiden keselamatan termasuk kemalangan maut yang meragut tiga nyawa.

18-04-2025
Berita Auto
MoU Malaysia, China Dimeterai Untuk Kukuhkan Sistem Pengangkutan

MoU Malaysia, China Dimeterai Untuk Kukuhkan Sistem Pengangkutan

Hubungan strategik Malaysia-China terus diperkukuh apabila kedua-dua pihak memeterai MoU berkaitan sistem pengangkutan, semalam.

18-04-2025
Berita Auto
Chery Bincang Pelan Pelaburan & Arah Pembangunannya Di Malaysia Semasa Kunjungan Anwar Ke China

Chery Bincang Pelan Pelaburan & Arah Pembangunannya Di Malaysia Semasa Kunjungan Anwar Ke China

Chery International dijemput untuk membincangkan pelan pelaburan dan arah pembangunannya di Malaysia.

03-04-2023
EV
GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!

GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!

Syarikat pengeluar kenderaan yang besar di China, Great Wall Motors (GWM), pada 10 Mac lalu telah mengadakan ‘Hari NEV Pintar’ untuk mendedahkan kepada umum pembangunan dan kemajuan terbaharu yang telah dibuat dalam bidang ini.

16-03-2023
Berita Auto
Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke

Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke

Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.

16-03-2023

Berita Terkini

Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global
EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.