Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa namun malangnya, ia hanya dijual untuk pasaran di Australia.
Ia yang cuma dihasilkan dalam 15 unit sebenarnya bagi memperingati Litar Mount Panorama yang ikonik.
Menurut CarExpert, ia adalah sebuah model khas untuk hari trek dengan kuasa lebih tinggi, gaya lebih menonjol, dan tanda harga yang agak mahal.


Difahamkan, setiap unit menampilkan enjin Mercedes-AMG M139 yang merupakan enjin empat silinder 2.0 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghambukan kuasa setakat 500 hp.
Malangnya, Simply Sports Cars masih belum mendedahkan angka prestasinya.
Simply Sports Cars menaik taraf jentera berfokuskan trek ini dengan penyerap hentak boleh laras, brek AP Racing yang dipertingkatkan, serta komponen aerodinamik yang lebih agresif. Ia turut dilengkapi dengan splitter hadapan gentian karbon dan sayap belakang besar gaya GT4.



Ia dijual sekitar AS$176,000 dan setiap unit diberi nombor siri secara individu, dan satu-satunya pilihan yang tersedia hanyalah warna rim. Selain itu,, pembeli secara automatik akan dijemput ke hari trek eksklusif Lotus di Bathurst pada tahun 2027.
Setakat ini, sebuah Emira Turbo Bathurst Edition sudah pun terjual.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Sedap, Maka Harga Naik Tapi Ada Sebabnya
Lotus Cars Malaysia mengumumkan pihaknya baru sahaja mengemaskini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan Emira.
18-09-2023
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge