ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penampilan luaran Nio ES9.

Presiden Nio, Qin Lihong mengesahkan  SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti manakala penghantarannya pula  akan bermula pada 1 Jun ini. 

Buat masa ini, China akan menerima model ini terlebih dahulu. 

Difahamkan, Nio ES9 menerima pakai semua teknologi daripada ET9 yang dilancarkan sebelum ini. Ia juga bakal menjadi crossover BEV China  yang akan dihasilkan secara besar-besaran.

Memandangkan lesen jualan sudah dimohon pada Januari lalu, maka spesifikasinya juga telah didedahkan baru-baru ini.

image.png

ES9 di uji di sebuah kawasan salji di Yakeshi.

Malah, model ini dikesan menjalani ujian ketika musim  sejuk di Yakeshi,  Mongolia. Terdahulu, presidennya ada  berkongsi bahawa Nio ES9 akan didedahkan secara rasmi pada 10 April. 

Pelancarannya ke pasaran dijangka bermula pada bulan Mei manakala penghantarannya bermula 1 Jun nanti.

Menurut  Lihong, kenderaan ini akan menggunakan semua teknologi daripada sedan perdana ET9, termasuk sistem steer-by-wire, sistem voltan tinggi 900V dan suspensi aktif. Pada masa yang sama, ES9 akan ditawarkan dalam pelbagai varian, termasuk model asas yang lebih mampu milik.

image.png

Bahagian belakang Nio ES9.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai harga Nio ES9.

Sementara itu, laman berita automotif, CarNewsChina menjangkakan kenderaan ini akan dijual sekitar  500,000 yuan RM283,442). Dengan cara ini, tidak akan berlaku persaingan dalaman antara ES9 sebagai model perdana dan model terlaris semasa Nio, ES8 III.

Nio ES9 ialah SUV bersaiz penuh dengan dimensi 5365 (P)/2029 (L)/1870 mm (T) dan jarak roda 3,250 mm.

Sebagai perbandingan, ia hanya 17 mm lebih pendek berbanding Cadillac Escalade, namun ES9 mempunyai jarak roda 179 mm lebih panjang.

Berat tanpa muatan kenderaan ini mencecah 2,915 kg dan hadir dalam versi 6 dan 7 tempat duduk.

Mengenai trenkuasanya, ES9 dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor dengan kuasa maksimum 520 kW (697 hp).

Kelajuan maksimum kenderaan ini dikatakan mampu mencapai 220 km/j. Seperti model berjenama Nio yang lain, ES9 menyokong teknologi penukaran bateri.

BEV ini menggunakan pek bateri berkapasiti  102 kWh dengan pilihan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya dan mampu melakukan perjalanan sejauh  580 km, 600 km dan 620 km (mengikut varian nanti). 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3376

SELANGOR

BSR6302

JOHOR

JA3634J

PULAU PINANG

PSD8219

PERAK

APJ8703

PAHANG

CFH1749

KEDAH

KGH1266

NEGERI SEMBILAN

NEK9358

KOTA KINABALU

SJT1146

KUCHING

QAB2079P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.