Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) melancarkan Penjejak Penjimatan Pas My50 dan memperluas kemudahan pembelian Pas Rapid Kota serta Pas Rapid Kembara secara digital bagi memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan pas perjalanan dengan lebih fleksibel.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata, pelancaran penjejak penjimatan itu membolehkan pengguna pas My50 melihat rekod perjalanan dan menilai tahap penjimatan melalui ciri baharu yang dilancarkan dalam aplikasi Touch 'n Go eWallet.
"Kemudahan ini membolehkan mereka merekodkan setiap perjalanan menggunakan perkhidmatan rel dan bas. Mereka juga akan menerima notifikasi sekiranya nilai penggunaan belum mencapai RM50 dalam tempoh langganan 30 hari.
"Notifikasi berkenaan bertujuan memaklumkan pengguna tempoh diperlukan untuk mencapai titik pulang modal dan menggalakkan mereka memanfaatkan sepenuhnya pas My50 dengan melakukan lebih banyak perjalanan.

"Kita mahu pengguna bijak menggunakan perkhidmatan ini supaya apa yang mereka bayar benar-benar berbaloi dan pengangkutan awam dijadikan sebagai mod pengangkutan utama," katanya.
Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan, bersamaan RM1,200 setahun bagi seorang pengguna.
"Jadi ini satu perbelanjaan yang besar dengan hampir RM300 juta dibelanjakan tahun lalu, melebihi peruntukan asal sekitar RM200 juta," jelasnya.
Rekod perjalanan dan penjimatan dipaparkan bagi tempoh sehingga 90 hari dan ketika ini ciri berkenaan hanya tersedia untuk pengguna My50.
Nutrifres Food & Beverage
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana
PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.
07-01-2026
Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan
Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.
02-01-2026
Operasi LRT3 Ditangguhkan Demi Keselamatan Penumpang
Prasarana Malaysia Bhd mengesahkan pihaknya menangguhkan operasi LRT Laluan Shah Alam yang asalnya dijadualkan beroperasi 31 Disember ini.
10-12-2025
LRT3 Mungkin Tak Dapat Operasi 31 Dis Ini Tetapi Ada Sebabnya
Operasi LRT3 ditangguhkan bagi memastikan perkhidmatan itu bebas masalah teknikal.
10-12-2025
Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
14-11-2025
Maut Digilis LRT: MOT Arah Prasarana Pasang Pintu Keselamatan Di Semua Stesen
MOT mengarahkan Prasarana mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen LRT.
04-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Khidmat Rapid KL Untuk Mangsa, Tamat
Perkhidmatan van Rapid KL On-Demand percuma yang disediakan buat mangsa sudah ditamatkan,
14-04-2025
Pintu Automatik Di Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan, Sudah Operasi
Pemasangan PAGS di beberapa stesen monorel dijangka sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun ini.
26-11-2024
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

