PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Keadaan Proton X50 yang terjunam ke dalam Tasik Biru Rawang, Selangor. Foto Ihsan: Kuang Info.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.
Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau berasa tersentuh membaca kisah keberanian kesemua pemuda itu yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan ibu serta dua anak kecil.
"Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa. Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.
"Saya juga mendoakan semoga ibu serta kedua-dua anak ini diberikan kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah SWT," tulisnya.
Media tempatan melaporkan sebuah Proton X50 terjunam ke dalam ke dalam Tasik Biru, Kundang, Rawang Selangor semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa wanita berusia lingkungan 40-an bersama dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Mujur tiga beranak itu berjaya diselamatkan tujuh pemuda.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Nahas Berantai SUV Terbakar
Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.
07-04-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang
Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!
04-03-2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat