Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.
Sedan segmen-C ini ditawarkan dalam empat varian – Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
Dari segi harga, rangkaian S70 yang dikemas kini ini ditawarkan pada harga RM68,800 (Executive), RM74,800 (Premium), RM84,800 (Flagship) dan RM89,800 (Flagship X).
Bagaimanapun, harga yang dinyatakan termasuk rebat khas RM5,000 yang kini ditawarkan kepada pembeli terawal.

Harga tersebut turut merangkumi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, enam kali servis percuma dari segi kos buruh, serta pakej data percuma selama lima tahun yang dihadkan kepada 2GB sebulan.
Bagaimanapun, tanpa rebat, harga sebenar adalah sama seperti model pra-facelift yang dilancarkan pada November 2023.
Seperti mana yang didedahkan pada minggu lalu ketika tempahan awal dibuka, S70 model tahun 2026 menggantikan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo terdahulu dengan enjin petrol turbo 1.5 liter empat silinder ‘i-GT’ serba baharu iaitu enjin yang sama digunakan pada X50 facelift dan X70 model tahun 2026 yang dikemas kini.

Enjin baharu ini mampu menghasilkan kuasa setakat 181 PS dan 290 Nm, dimana kesemua kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik DCT tujuh kelajuan yang telah ditala semula.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j kini hanya mengambil masa 7.5 saat, dan Proton turut mendakwa purata penggunaan bahan api yang lebih baik pada 5.7 liter/100 km.
Menjengah luarannya, Proton S70 2026 kini tampil dengan lampu hadapan LED sepenuhnya yang direka semula. Varian Flagship pula menerima rim dua tona 17 inci baharu dan dibalut dengan tayar GitiComfort F22 yang baharu.

Bagi mereka yang memilih varian tertinggi Flagship X, penampilan luaran dipertajamkan lagi dengan kit badan aerodinamik serba baharu yang lebih agresif, lengkap dengan spoiler penutup but baharu, elemen diffuser palsu yang lebih garang pada bampar belakang, serta liang udara hadapan.
Mengenai ciri kelengkapan, ia ditawarkan mengikut varian seperti mana yang dinyatakan dalam risalah di bawah.
Kebanyakan ciri premium selain rim dan kit badan hanya dikhaskan untuk varian Flagship.
Apapun, kedua-dua varian ini sahaja menawarkan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar melalui skrin sentuh 12.3 inci yang dinaik taraf.


Bagi varian teratas, ia hadir dengan pengecas telefon tanpa wayar, kamera parkir 360 darjah, tempat duduk pemandu dengan pelarasan kuasa, serta panel instrumen digital TFT bersaiz 10.25 inci.
Kemasan tempat duduk kulit ditawarkan sebagai standard bermula dari varian Premium, manakala varian Executive menggunakan fabrik. Kedua-dua varian lebih rendah ini juga dilengkapi rim 16 inci yang lebih kecil, meter analog dan unit infotainmen asas bersaiz 8 inci.


Apa yang menarik, semua varian dilengkapi enam beg udara, bantuan pertukaran lorong, amaran pembukaan pintu, amaran pelanggaran belakang (RCW) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA). Seperti sebelum ini, ciri ADAS Tahap 2 hanya ditawarkan pada dua varian Flagship.

Dari segi warna,, Passion Red digantikan dengan warna baharu Ruby Red, manakala Teal Bayou Green sudah tiada di pasaran. Selain itu, pilihan warna hitam, putih, kelabu dan biru yang sedia ada masih dikekalkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Dari Saga Ke S70: Proton Juarai Jualan Sedan Di M'sia
Proton kekal sebagai jenama terlaris bagi kereta sedan di Malaysia apabila sebanyak 3.85 juta unit terjual sejak pelancaran Proton Saga pada 9 Julai 1985.
21-10-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat