Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.
Angka tersebut menandakan peningkatan sebanyak 26% berbanding 157,976 unit yang berjaya dijual Proton sepanjang tahun lalu (2025). Bagaimanapun, jumlah yang dicapai tahun lalu merangkumi gabungan jualan domestik dan eksport luar negara.
Bagi mencapai sasaran ini, Proton turut menetapkan beberapa sasaranĀ sebagai pelengkap. Antaranya termasuk menjadikan model Saga generasi keempat terbaharu sebagai model terlaris No 1 di Malaysia, menjadikan jenama Proton e.MAS sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) No 1 di Malaysia, serta memastikan e.MAS 7 PHEV yang bakal dilancarkan muncul sebagai tawaran hibrid plug-in (PHEV) No 1 di Malaysia.
Dr Li turut menerangkan mengenai pelan ā30+30+30 menjelang 2030ā yang telah dibentangkan Proton pada Januari 2025. Pelan tersebut menyasarkan 30% jualan disumbangkan oleh model elektrifikasi (hibrid dan EV), diikuti 30% lagi daripada eksport ke luar negara merangkumi 30 pasaran eksport. Proton menyasarkan untuk mencapai semua ini menjelang tahun 2030.
Sememangnya, angka-angka ini merupakan sasaran yang cukup tinggi bagi Proton. Tidak boleh dilupakan bahawa untuk mencapainya, pengeluar automotif yang berpangkalan di Tanjong Malim ini juga perlu berusaha untuk menewaskan pesaingĀ iaitu Perodua ā yang kini merupakan pengeluar automotif No 1 yang tidak dipertikaikan di Malaysia, serta No 2 di ASEAN.
Bagaimanapun, Dr Li dilihat yakin untuk memacu Proton ke arah sasaran-sasaran ini bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik, Datuk Abdul Rashid Musa. Tambahan pula, visi pengeluar automotif ini turut diperkukuhkan oleh pencapaian-pencapaian terkini sepanjang tahun 2025 termasuk pelancaran produk baharu serta inisiatif AHTV.
Bercakap mengenai produk, Dr Li turut mengesahkan beberapa perkara yang telah lama kami jangkakan. Selain pengenalan Proton e.MAS 7 PHEV, versi kemas kini bagi sedan segmen C S70 dan SUV segmen D tiga baris X90 turut disahkan akan dilancarkan tahun ini. Kedua-duanya berkemungkinan menggunakan enjin empat silinder baharu yang dikongsi dengan X50 dan X70.
Selain itu, Dr Li turut memberi bayangan mengenai beberapa model baharu yang akan dibangunkan berasaskan platform AMA milik Saga generasi keempat. Namun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut. Sebaliknya, beliau hanya mengesahkan sekurang-kurangnya tiga model telah dirancang, kesemuanya menggunakan platform tersebut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

