Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.
Angka tersebut menandakan peningkatan sebanyak 26% berbanding 157,976 unit yang berjaya dijual Proton sepanjang tahun lalu (2025). Bagaimanapun, jumlah yang dicapai tahun lalu merangkumi gabungan jualan domestik dan eksport luar negara.
Bagi mencapai sasaran ini, Proton turut menetapkan beberapa sasaran sebagai pelengkap. Antaranya termasuk menjadikan model Saga generasi keempat terbaharu sebagai model terlaris No 1 di Malaysia, menjadikan jenama Proton e.MAS sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) No 1 di Malaysia, serta memastikan e.MAS 7 PHEV yang bakal dilancarkan muncul sebagai tawaran hibrid plug-in (PHEV) No 1 di Malaysia.
Dr Li turut menerangkan mengenai pelan “30+30+30 menjelang 2030” yang telah dibentangkan Proton pada Januari 2025. Pelan tersebut menyasarkan 30% jualan disumbangkan oleh model elektrifikasi (hibrid dan EV), diikuti 30% lagi daripada eksport ke luar negara merangkumi 30 pasaran eksport. Proton menyasarkan untuk mencapai semua ini menjelang tahun 2030.
Sememangnya, angka-angka ini merupakan sasaran yang cukup tinggi bagi Proton. Tidak boleh dilupakan bahawa untuk mencapainya, pengeluar automotif yang berpangkalan di Tanjong Malim ini juga perlu berusaha untuk menewaskan pesaing iaitu Perodua – yang kini merupakan pengeluar automotif No 1 yang tidak dipertikaikan di Malaysia, serta No 2 di ASEAN.
Bagaimanapun, Dr Li dilihat yakin untuk memacu Proton ke arah sasaran-sasaran ini bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik, Datuk Abdul Rashid Musa. Tambahan pula, visi pengeluar automotif ini turut diperkukuhkan oleh pencapaian-pencapaian terkini sepanjang tahun 2025 termasuk pelancaran produk baharu serta inisiatif AHTV.
Bercakap mengenai produk, Dr Li turut mengesahkan beberapa perkara yang telah lama kami jangkakan. Selain pengenalan Proton e.MAS 7 PHEV, versi kemas kini bagi sedan segmen C S70 dan SUV segmen D tiga baris X90 turut disahkan akan dilancarkan tahun ini. Kedua-duanya berkemungkinan menggunakan enjin empat silinder baharu yang dikongsi dengan X50 dan X70.
Selain itu, Dr Li turut memberi bayangan mengenai beberapa model baharu yang akan dibangunkan berasaskan platform AMA milik Saga generasi keempat. Namun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut. Sebaliknya, beliau hanya mengesahkan sekurang-kurangnya tiga model telah dirancang, kesemuanya menggunakan platform tersebut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge