UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.
Abdul Rashid (tiga dari kiri) ketika menyerahkan buku cenderamata kepada Md Amin semasa kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, objektif usahasama yang dibincangkan ialah cadangan mewujudkan Pusat Pembelajaran dan Demonstrasi EV pertama di institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Ini termasuk pembangunan modul pendidikan asas BEV, penyediaan latihan praktikal berkaitan teknologi e.MAS, serta peningkatan kesedaran awam terhadap teknologi BEV nasional.
“Teknologi BEV dan NEV bukan lagi satu pilihan masa depan, tetapi keperluan semasa yang perlu difahami dan dikuasai oleh generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak UPSI komited untuk memainkan peranan aktif dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja celik teknologi, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian alam sekitar.
“Sebagai universiti yang berteraskan pendidikan, UPSI bukan sahaja mahu memperkenalkan teknologi EV dalam bilik kuliah, tetapi juga menyediakan pengalaman pembelajaran yang bersifat praktikal, relevan dan berimpak tinggi kepada pelajar serta komuniti,” jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa berkata pihaknya melihat institusi pendidikan tinggi sebagai rakan strategik penting dalam mempercepat pembangunan ekosistem mobiliti elektrik negara.
Md Amin (tengah) dan Abdul Rashid (tujuh dari kanan) bergambar kenangan sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.
“Transformasi industri automotif ke arah BEV memerlukan sokongan kukuh daripada sektor pendidikan. Kerjasama dengan UPSI mencerminkan komitmen PROTON untuk bukan sahaja membangunkan teknologi, tetapi juga memperkasa ilmu dan kefahaman masyarakat terhadap teknologi kenderaan elektrik," katanya.
Antara perkara lain yang dibincangkan ialah cadangan mewujudkan konsep Industry in Campus dan Proton Training Center @ UPSI sebagai platform kolaborasi jangka panjang.
Cadangan pengisian kerjasama merangkumi pembangunan zon pameran dan promosi teknologi e.MAS (tech-showcase), penubuhan EV Community Awareness & Learning Center, pelaksanaan program training of trainers oleh felo perunding PROTON melibatkan aspek keselamatan, diagnostik dan perkhidmatan selepas jualan, serta penubuhan pusat latihan bagi program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling).
“Kami percaya pendekatan Industry in Campus ini akan membuka ruang pembelajaran baharu, memperkukuh kebolehpasaran graduan serta menyokong aspirasi negara dalam memperkasa teknologi hijau dan mobiliti masa depan,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
