ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Gambar-1.JPG

Abdul Rashid (tiga dari kiri) ketika menyerahkan buku cenderamata kepada Md Amin semasa kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama dengan  Proton Holdings Berhad (PROTON)  bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, objektif usahasama yang dibincangkan ialah cadangan mewujudkan Pusat Pembelajaran dan Demonstrasi EV pertama di institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Ini termasuk pembangunan modul pendidikan asas BEV, penyediaan latihan praktikal berkaitan teknologi e.MAS, serta peningkatan kesedaran awam terhadap teknologi BEV nasional.

“Teknologi BEV dan NEV bukan lagi satu pilihan masa depan, tetapi keperluan semasa yang perlu difahami dan dikuasai oleh generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak UPSI komited untuk memainkan peranan aktif dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja celik teknologi, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian alam sekitar.

“Sebagai universiti yang berteraskan pendidikan, UPSI bukan sahaja mahu memperkenalkan teknologi EV dalam bilik kuliah, tetapi juga menyediakan pengalaman pembelajaran yang bersifat praktikal, relevan dan berimpak tinggi kepada pelajar serta komuniti,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa berkata pihaknya melihat institusi pendidikan tinggi sebagai rakan strategik penting dalam mempercepat pembangunan ekosistem mobiliti elektrik negara.

Gambar-2.JPG

Md Amin (tengah) dan Abdul Rashid (tujuh dari kanan) bergambar kenangan sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

“Transformasi industri automotif ke arah BEV memerlukan sokongan kukuh daripada sektor pendidikan. Kerjasama dengan UPSI mencerminkan komitmen PROTON untuk bukan sahaja membangunkan teknologi, tetapi juga memperkasa ilmu dan kefahaman masyarakat terhadap teknologi kenderaan elektrik," katanya.

Antara perkara lain yang dibincangkan ialah  cadangan mewujudkan konsep Industry in Campus dan Proton Training Center @ UPSI sebagai platform kolaborasi jangka panjang.

Cadangan pengisian kerjasama merangkumi pembangunan zon pameran dan promosi teknologi e.MAS (tech-showcase), penubuhan EV Community Awareness & Learning Center, pelaksanaan program training of trainers oleh felo perunding PROTON melibatkan aspek keselamatan, diagnostik dan perkhidmatan selepas jualan, serta penubuhan pusat latihan bagi program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling).

“Kami percaya pendekatan Industry in Campus ini akan membuka ruang pembelajaran baharu, memperkukuh kebolehpasaran graduan serta menyokong aspirasi negara dalam memperkasa teknologi hijau dan mobiliti masa depan,” katanya.

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.