ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Apa Nak Buat Kereta Kena Langgar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing memandangkan kebanyakan lebuhraya utama sudah pun dipenuhi dengan kenderaan.

Di sebalik anda  sedang melayan lagu raya di radio, anak-anak pula nyenyak tidur di belakang, tiba-tiba... BUM! Kereta belakang "cium" bumper anda di tengah kesesakan Lebuhraya PLUS.

Mood raya terus 'ke laut', kan? Tapi tunggu, jangan turun kereta dan terus ajak bertumbuk. Sebagai pemandu bijak (dan nak cepat sampai kampung), ini 5 langkah kritikal yang anda perlu buat:

1. Berhenti di Lorong Kecemasan (Safety First!)

image.png

Jangan berbincang di tengah-tengah jalan raya yang sesak. Itu cari nahas!

  • Alihkan kenderaan ke lorong kecemasan secepat mungkin.

  • Pasang lampu kecemasan (hazard lights).

  • Letakkan segi tiga amaran sekurang-kurangnya 50 meter di belakang kereta untuk mengelakkan kemalangan berantai.

2. Ambil Gambar "Ala Paparazzi"

image.png

Gambar adalah bukti paling kukuh untuk urusan insurans. Jangan sekadar ambil gambar calar, ambil gambar seperti berikut:

  • Kedua-dua kenderaan: Ambil gambar jarak jauh yang menunjukkan kedudukan kedua-dua kereta.

  • Nombor Plat & Roadtax: Pastikan roadtax pihak lawan jelas kelihatan.

  • Kerosakan Spesifik: Ambil gambar dekat pada bahagian yang terkena impak.

3. Tukar Maklumat (Jangan Sembang Kosong)

Anda tidak perlukan kawan baru, anda perlukan data mereka. Minta izin untuk ambil gambar:

  • Kad Pengenalan (IC) dan Lesen Memandu.

  • Nombor telefon yang boleh dihubungi.

  • Tips: Jangan sesekali mengaku salah atau berjanji untuk "setel tepi" dengan jumlah wang tertentu jika kerosakan nampak parah. Biar pihak insurans tentukan.

4. Laporan Polis Dalam Tempoh 24 Jam

Ramai yang ingat boleh tunggu habis raya baru nak buat report. Salah!

  • Anda wajib buat laporan polis di balai berdekatan dalam tempoh 24 jam.

  • Jika kemalangan di lebuh raya, pergi ke Bahagian Trafik daerah berkenaan.

  • Laporan polis adalah "kunci" untuk anda buat tuntutan insurans pihak ketiga tanpa menjejaskan NCD anda.

5. Hati-hati dengan "Ulat Towing"

image.png

Masa inilah lori tunda entah dari mana tiba-tiba muncul macam magis.

  • Jangan serahkan kunci kereta anda kepada mereka dengan mudah.

  • Hubungi hotline insurans anda sendiri atau talian kecemasan PLUS (1800-88-0000).

  • Gunakan khidmat tunda rasmi supaya kereta anda dihantar ke bengkel panel bertauliah.


Ringkasan Tuntutan Insurans

Jenis TuntutanKesan Kepada NCDBila Perlu Guna?
Third Party ClaimTidak HilangJika anda mangsa dan pihak lawan mengaku salah.
Own Damage (OD)HilangJika anda yang terlanggar orang atau objek sendiri.
OD Knock-for-KnockTidak HilangJika anda di pihak benar, tapi nak baiki cepat guna insurans sendiri.

Nasihat Ikhlas: Biar kereta remuk, jangan hati yang remuk. Harta boleh diganti, nyawa tiada galanti. Teruskan perjalanan dengan tenang, insya-Allah rendang mak di kampung tetap menunggu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Tips
Pihak Berkuasa Minta 'Duit Kopi'? Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu

Pihak Berkuasa Minta 'Duit Kopi'? Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu

Ditahan & Diminta Duit Kopi? Ketahui Beza Saman Sah Dengan Rasuah.

23-11-2026
Tips
Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?

Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?

Mitos atau Fakta: Jangan Cas EV Sampai 100%.

16-11-2026
Tips
Ini Sebab Anda Perlu Jauhkan Dompet Daripada Pad Pengecas Wayarles

Ini Sebab Anda Perlu Jauhkan Dompet Daripada Pad Pengecas Wayarles

Ramai Guna Wireless Charger, Tapi Tak Ramai Tahu Kenapa Dompet Perlu Dijauhkan.

16-11-2026
Tips
Tayar Kereta Botak Ketika Hujan, Ini Bahayanya

Tayar Kereta Botak Ketika Hujan, Ini Bahayanya

Masih guna tayar kereta botak ketika musim hujan? Ketahui 5 bahaya termasuk aquaplaning, jarak membrek lebih panjang dan risiko kemalangan..

13-11-2026
Tips
Khas Untuk Pemandu Yang Selalu ‘Skip’ Check Wiper

Khas Untuk Pemandu Yang Selalu ‘Skip’ Check Wiper

Musim Hujan Tiba, Jangan Abaikan Keadaan Wiper Kereta

13-11-2026
Tips
Batang Gear Tradisional vs Tombol Moden: Mana Satu Pilihan Hati Anda?

Batang Gear Tradisional vs Tombol Moden: Mana Satu Pilihan Hati Anda?

Gear Tombol vs Batang Gear: Pemandu Malaysia Pilih Mana?

12-11-2026
Tips
Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini

Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini

Menjual Kereta Terpakai di Malaysia pada 2027? Bandingkan Tukar Beli, Jualan Persendirian, Syarikat Pembeli Kereta dan Konsainan, serta Pertukaran Hak Milik JPJ & Pemeriksaan.

05-11-2026
Tips
Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup

Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup

Pengajaran Banjir NKVE & Shah Alam: 5 Sumber Rasmi Wajib Semak Masa Hujan Lebat.

04-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.