ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia memandangkan ia mampu melakukan perjalanan sejauh 1,036 km, lapor laman berita automotif, CarNewsChina.

Bagaimanapun, BYD masih belum mengisytiharkan model ini sebagai BEV yang menawarkan jarak elektrik terpanjang di dunia.

Difahamkan, model ini ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD), dengan dua pilihan kapasiti bateri: 102.33 kWh dan 122.496 kWh. 

Ia menawarkan lima pilihan jarak iaitu 820 km, 860 km, 880 km, 1,002 km, dan 1,036 km.

image.png

Varian RWD baharu dilengkapi motor elektrik 370 kW (496 hp) dan mampu mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.

Varian AWD pula menampilkan motor elektrik hadapan 230 kW (308 hp) serta dua motor elektrik belakang 310 kW (416 hp) yang mana ia mampu menghasilkan kuasa gabungan setakat 850 kW (1,140 hp), iaitu peningkatan sebanyak 140 kW (188 hp). Kelajuan maksimumnya pula ialah 270 km/j.

image.png

Sementaraitu, varian PHEV pula dilengkapi pek bateri 63.82 kWh, iaitu ampir dua kali ganda berbanding model semasa, dengan jarak elektrik tulen CLTC sejauh 400 km.

Rangkaian kuasanya terdiri daripada enjin 2.0T dan tiga motor elektrik. Enjin tersebut dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum 152 kW (204 hp), manakala tiga motor elektrik memberikan output gabungan 640 kW (858 hp). Kelajuan maksimumnya ialah 230 km/j.

Dari segi dimensi, Denza Z9 GT versi terkini kekal konsisten dengan ukuran panjang 5,195 mm (5,180 mm), lebar 1,990 mm, dan tinggi 1,480 mm (1,500 mm), serta jarak roda 3,125 mm.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia masih mengekalkan susun atur simetri dengan skrin kawalan tengah 17.3 inci serta dua skrin 13.2 inci beresolusi 2.5K. Sistem ini menyokong sambungan sepuluh skrin dan pengecaman suara, dikuasakan cip kokpit pintar DiLink 4nm.

Bagi fungsi bantuan pemanduan, Denza Z9 GT versi terkini hadir standard dengan sistem DiPilot 300 “God’s Eye” B 5.0 daripada BYD.

image.png

Di Malaysia, Denza Malaysia turut mengesahkan bahawa Denza Z9 GT akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

image.pngimage.png

Perkara disahkan oleh Pengarah Urusan BYD Malaysia  Eagle Zhao ketika meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dan majlis berbuka puasa bersama media, baru-baru ini.

Model ini yang didedahkan di Malaysia sekitar Februari tahun lalu itu adalah varian plug-in hybrid (PHEV) dan bukannya kereta elektrik.

Varian PHEV ini dilihat menggunakan trenkuasa DM-p dan diditangkan dengan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder yang berfungsi sebagai generator untuk menjanakan tiga motor elektrik/.

Model ini dikatakan mampu meghamburkan kuasa sehingga 870 PS dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat.

Denza juga mendakwa kereta ini  ini mampu mencapai jarak gerak sehingga 1,100 km manakala dengan rangkaian elektrik pula, ia boleh bergerak sejauh 201 km.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Denza Malaysia mengenai tarikh pelancaran Denza Z9 GT.

Apakah pendapat anda, berapakah harga jualan Denza Z9 GT di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-03-2026
Berita Auto

20-02-2025
Global
EV

17-04-2024
EV

18-11-2024
EV

18-11-2024
EV

18-11-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.