- Berita
- Berita Auto
- Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia
Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia

Nampaknya, Proton e.MAS kekal sebagai jenama EV No.1 di Malaysia memandangkan Proton e.MAS 5 mencatatkan rekod lebih 5,000 penghantaran dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya.
Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan biasa; ia adalah rekod terpantas yang pernah dicatatkan oleh mana-mana jenama EV di Malaysia bagi tempoh masa yang sama.

Mencabar Dominasi Kereta Petrol
Apa yang lebih mengejutkan, Proton e.MAS 5 bukan sahaja mendominasi carta EV untuk bulan Februari, malah ia berjaya memecah masuk ke tangga ke-5 keseluruhan model kenderaan terlaris di Malaysia.
Ini bermakna, ia adalah sebuah kereta elektrik yang mampu bersaing sengit dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang sudah lama bertapak di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET,Zhang Qiang mengakui melepasi 5,000 penghantaran dalam hanya dua bulan dan mencatat lebih 3,500 tempahan untuk e.MAS 7 PHEV dalam tempoh sebulan setengah jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima mobiliti elektrik dengan lebih pantas.
"Keputusan ini mengesahkan strategi kami untuk menawarkan penyelesaian elektrifikasi yang praktikal dan berbaloi, disesuaikan khusus untuk pasaran tempatan.
"Matlamat kami ialah menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses, memberi keyakinan dan relevan untuk keluarga Malaysia dalam kehidupan seharian," katanya dalam satu kenyataan.
EV Paling Mampu Milik: Bermula RM59,800

Faktor utama di sebalik kegilaan ini adalah harganya. Digelar sebagai EV paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 ditawarkan pada harga bermula dari RM59,800.

Untuk makluman anda, Proton e.MAS 5 digelar sebagai kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia memandangkan harganya bermula daripada RM59,800.
Proton e.MAS 5 hadir dalam dua varian: Prime dan Premium.


Varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti LFP 30.12kWh serta motor 58kW (79PS) dan tork 130Nm. Dengan bateri terbabit, ia mampu menawarkan pemanduan sejauh 225km (WLTP) dan kelajuan maksimum 125km/j.
Sementara itu, varian Premium menggunakan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 116PS dan 150Nm. Ia yang disumbat dengan bateri LFP CATL berkapasiti 40.16kWj, memberikan jarak sehingga 325km (WLTP. Ia dan pecutan 0-100km/j dalam 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum 135km/j.
Ini menunjukkan varian Premium mencuri tumpuan dengan kemampuan memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 3.9 saat, satu angka yang biasanya hanya ditemui pada kereta sport prestasi tinggi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
