Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter

Kegembiraan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri sedikit teruji apabila harga diesel di Semenanjung Malaysia dilaporkan melonjak sebanyak 80 sen, menjadikan harga baharu RM4.72 seliter bermula tengah malam ini.
Kenaikan daripada RM3.92 seliter itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) berikutan pergerakan harga pasaran global yang tidak menentu. Bagaimanapun, disebalik berita duka buat pengguna diesel peribadi, ada "berita lega" buat pengguna petrol dan sektor pengangkutan awam.
RON95 Subsidi Kekal RM1.99
Bagi mengelakkan tekanan kos tambahan kepada jutaan rakyat yang akan memulakan perjalanan esok, kerajaan mengambil langkah proaktif:
RON95 (Subsidi BUDI 95): Kekal pada RM1.99 seliter.
RON95 (Tanpa Subsidi): Dikekalkan pada RM3.27 seliter untuk memastikan kelancaran cuti perayaan.
RON97: Kekal pada harga RM4.55 seliter.
Diesel (Sabah & Sarawak): Kekal pada RM2.15 seliter.
Sektor Logistik & Bas Ekspres Masih Dilindungi
Berita baik buat pengguna pengangkutan awam dan peniaga; lebih 400,000 kenderaan komersial termasuk bas ekspres, teksi, lori, dan treler tidak akan terkesan secara mendadak.
Melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), kos logistik akan kekal stabil bagi memastikan harga barang tidak naik secara melulu di musim perayaan ini.
Antara Yang Terendah Di Rantau Ini
Walaupun berdepan kenaikan harga minyak global, harga bahan api di Malaysia masih dikategorikan antara yang terendah di Asia Tenggara hasil langkah Kerajaan Madani yang terus mengekalkan sebahagian subsidi demi melindungi kebajikan rakyat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


