PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Tanya mana-mana pemandu di Malaysia apa yang mereka mahukan, jawapannya hampir sama: “Saya nak jimat petrol, tapi belum bersedia nak cari stesen pengecas,".
Walaupun terdapat PHEV lain di pasaran, namun Proton e.MAS 7, Jaecoo J7, dan Omoda C9 adalah tiga model yang kini menawarkan keseimbangan unik antara jarak perjalanan dan teknologi.
Kehadiran mereka cukup realistik untuk menggantikan kereta petrol tanpa harga mewah jenama Eropah.
Namun dengan harga antara RM105k hingga lebih RM200k, persoalannya bukan sekadar mana yang terbaik, tetapi yang mana paling sesuai dengan gaya hidup anda.
Berikut ialah perbandingan jujur tiga pesaing utama ini.
1. Raja Prestasi: Omoda C9 PHEV

Dilancarkan pada harga RM208,800, Omoda C9 PHEV bukan sekadar hibrid namun menawarkan ciri yang cukup relistik. Reka bentuknya seperti coupe-SUV yang elegan, tetapi angka hamburan kuasanya hampir setaraf kereta sport.
Kuasa: Menghasilkan gabungan 537 PS dan 650 Nm tork, mampu pecut 0–100 km/j hanya dalam hanya 4.9 saat.
Teknologi: Dilengkapi suspensi adaptif CDC (Continuous Damping Control) yang melaras kualiti pemanduan secara masa nyata sehingga 100 kali sesaat.
Jarak: Sehingga 169 km (mod EV sahaja, NEDC) dan jumlah gabungan 1,100 km.
Kesimpulan: Pilih ini jika anda mahukan “Range Rover bajet” yang boleh mengatasi hampir semua kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan.
2. Raja Jarak: Jaecoo J7 PHEV

Jaecoo J7 PHEV hadir dengan misi jelas iaitu hapuskan kebimbangan jarak perjalanan. Dengan harga RM158,800, ia kini menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Kuasa: 347 PS dan 525 Nm tork—cukup pantas untuk SUV keluarga, tetapi lebih fokus pada ketahanan.
Jarak: Sehingga 1,300 km (NEDC), menjadikannya juara dalam melakukan perjalanan jauh.
Mod EV: 106 km jarak elektrik sepenuhnya—cukup untuk kegunaan harian tanpa petrol.
Kesimpulan: Pilih ini jika anda kerap memandu jarak jauh dan mahukan SUV premium yang hanya perlu isi petrol sekali sebulan.
3. Raja Nilai: Proton e.MAS 7 PHEV

Proton bukan sekadar masuk pertandingan—mereka ubah syarat permainan. Dengan harga bermula RM105,800, ini ialah SUV PHEV paling mampu milik di Malaysia.
Kuasa: 262 PS dan 262 Nm tork—paling rendah dalam senarai, tetapi masih responsif dan berorientasikan elektrik.
Jarak: Sehingga 170 km (EV, NEDC) dan jumlah 1,065 km.
Nilai: Dengan harga sebuah Omoda C9, anda hampir boleh beli dua unit asas e.MAS 7. Ia turut menampilkan sistem infotainmen Flyme Auto berasaskan Geely.
Kesimpulan: Pilih ini jika anda mahu masuk ke dunia EV dengan kos paling rendah tanpa mengorbankan keselamatan enjin petrol.
Keputusan Akhir: Mana Yang Terbaik?
Memilih antara tiga ini bukan hanya soal spesifikasi, tetapi berdasarkan pemilikan.
1. Pilihan Peminat Prestasi: Omoda C9 PHEV
Sesuai jika: Anda ada RM208,800 dan mahukan prestasi maksimum dengan 650 Nm tork dan pecutan 4.9 saat.
Promosi: Rebat Duit Raya RM3,000 + kabel V2L percuma (tempahan 18 Mac – 30 April 2026).
Waranti: 7 tahun/200,000 km; enjin 10 tahun/1,000,000 km; bateri & motor 10 tahun/200,000 km.
2. Pilihan Pemandu Jarak Jauh: Jaecoo J7 PHEV
Sesuai jika: Anda mahukan ketenangan dengan jarak 1,300 km dan penggunaan serendah 3.8L/100 km.
Waranti: 7 tahun/150,000 km; bateri 8 tahun/160,000 km.
3. Pilihan Bajet: Proton e.MAS 7 PHEV
Sesuai jika: Anda mahu SUV teknologi tinggi pada harga RM105,800 – RM125,800.
Promosi: Rebat RM4,000 + pengecas rumah 7kW percuma + data 2GB/bulan selama 5 tahun.
Waranti: 6 tahun tanpa had perbatuan; bateri 8 tahun/160,000 km.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge