Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Raja jimat minyak kini kembali dengan "jantung" baharu! Isuzu Malaysia secara rasmi melancarkan Isuzu D-MAX 2026 yang menampilkan enjin 2.2 liter turbocas serba baharu.
Apa Yang Menarik Dengan Enjin 2.2L Baharu Ini?
Diberi jolokan sebagai “Enjin Terbaik Isuzu”, unit 2.2L ini menggantikan unit 1.9L sebelum ini dengan lonjakan prestasi yang signifikan. Jika anda rasa 1.9L sudah cukup bagus, versi 2.2L ini akan membuatkan anda terpukau:
Kuasa Maksimum: 163 PS @ 3,600 rpm (Meningkat 8.7%).
Tork Maksimum: 400 Nm @ 1,600 - 2,400 rpm (Meningkat 14.3%).
Respon Pantas: Lebih separuh tork maksimum sudah tersedia seawal 1,000 rpm!
Transmisi: Gandingan kotak gear automatik 8-kelajuan baharu dengan sequential shift untuk pemanduan lebih lancar dan dinamik.
Pertama Dalam Kelasnya: Patuh Euro 5 & Varian Single Cab Auto
Isuzu terus memacu inovasi dengan memperkenalkan ciri-ciri yang pertama kali ditawarkan untuk pasaran Malaysia:
Paling Mesra Alam: Isuzu D-MAX 2.2L kini patuh piawaian emisi Euro 5, menjadikannya trak pikap paling bersih di jalan raya.
Single Cab Automatik: Buat pertama kali di Malaysia, varian Single Cab kini hadir dengan transmisi automatik 8-kelajuan, lengkap dengan ciri Rough Terrain Mode untuk memudahkan urusan kerja berat.
Rupa Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Selain nadi baharu, Isuzu D-MAX 2026 turut menerima sentuhan estetik dan teknologi dalaman:
Wajah Segar: Rekaan gril, kluster lampu, rim, dan pemijak sisi baharu.
Warna Eksklusif: Dua warna baharu diperkenalkan: Inishmore Green Metallic dan Obsidian Gray Mica.
Infotainmen Gergasi: Skrin 10-inci baharu untuk varian X-Terrain, Premium, dan 4x2 Plus. Varian Standard kini dilengkapi unit 7-inci dengan ciri Tailgate Assist.
Sistem Keselamatan: Rough Terrain Mode kini menjadi ciri standard untuk semua varian 4x4.
Harga & Tawaran Menarik
Walaupun kapasiti enjin meningkat, pemilik di Semenanjung Malaysia hanya perlu membayar perbezaan cukai jalan sebanyak RM172.00 sahaja berbanding model 1.9L.
Ada 9 Varian: Harga Bermula:
- 2.2L AT Premium (RM141,821.20), 3.0L AT Premium (RM145,138,40)
- 3.0L 4x4 AT X-Terrain (RM162,938.40)
- 2.2L MT Standard (RM114,171.20), 2.2L AT Standard (RM122,171.20), 2.2L Auto Plus (RM114,671.20)
- 2.2L MT (RM103,121.20), 2.2L AT (RM109,121.20), 3.0L MT (RM108,888.40)
Jaminan & Servis:
X-Terrain: Jaminan 7-tahun tanpa had perbatuan.
Varian Lain: Jaminan 5-tahun atau 150,000 km.
Istimewa: Semua model 2.2L & 3.0L menerima pakej servis percuma 20,000 km/2-tahun.
Kunjungi bilik pameran Isuzu berhampiran anda hari ini untuk merasai sendiri kehebatan Isuzu D-MAX 2.2L 2026!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden
Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.
24-11-2025
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia
Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.
28-04-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
