Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)
.jpg)
Pemilik SUV dan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia kini punya sebab untuk tersenyum! Ini kerana Michelin Malaysia baru sahaja mengumumkan berita gembira: rangkaian tayar premium mereka, MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV,dan juga enjin pembakaran dalaman (ICE) mahupun elektrik sepenuhnya.
Kenapa ini penting? Statistik tidak berbohong. Jualan SUV dan crossover di Malaysia telah melonjak drastik daripada hanya 11% pada tahun 2010 kepada 42% pada 2025. Michelin pantas bertindak dengan menambah 34 saiz baharu (untuk rim 16 hingga 22 inci).
Apa yang Membuatkan Michelin Primacy 5 "Wajib Ada"?
.jpg)
Dikenali sebagai "raja keselesaan" dan pemenang pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Auto Magazine Best Tire Award 2025, tayar ini bukan sekadar bulat dan hitam. Ia direka untuk memberikan anda ketenangan fikiran di jalan raya Malaysia yang mencabar:
Senyap & Selesa: Dengan teknologi MICHELIN Silent Rib Gen-3, tayar ini menawarkan tahap bunyi kabin paling rendah. Perjalanan jauh tidak lagi memenatkan telinga!
Keselamatan Tanpa Kompromi: Jarak membrek di jalan basah kini 16% lebih pendek. Sama ada tayar baharu atau sudah haus, teknologi EverGrip memastikan cengkaman tetap padu walaupun dalam situasi kecemasan (wet moose test).
Tahan Lasak untuk SUV: Dinding sisi tayar telah diperkukuh untuk kestabilan lebih baik dan lebih tahan terhadap hentakan—cukup sesuai untuk keadaan jalan raya kita yang tidak menentu.
Sahabat Baik EV: Ini berita baik buat pemilik EV! Sebatian bunga tayar baharu ini mengurangkan rintangan gelinciran sebanyak 10%, yang bermakna kecekapan tenaga lebih baik dan jarak perjalanan bateri yang lebih jauh.
Apa Kata Bos Besar!
Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Florentin Odenwald berkata, rangkaian MICHELIN Primacy 5 yang diperluaskan ini memenuhi permintaan pasaran SUV dan crossover.
Perluasan ini menambah 34 saiz baharu untuk rim 16 hingga 22 inci, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan saiz untuk memenuhi keperluan kenderaan dan pengguna yang pelbagai. Malaysia kini berada pada titik perubahan yang menarik, dengan penggunaan EV yang semakin pesat dan SUV mendominasi jalan raya," katanya.
Maklumat Pembelian
Kini anda boleh mendapatkan tayar "pemenang anugerah" ini di semua pengedar tayar sah Michelin di seluruh negara. Dengan harga yang disyorkan bermula dari RM467 hingga RM1,639, ia merupakan pelaburan berbaloi untuk keselamatan dan keselesaan pemanduan keluarga anda.
Jangan tunggu sampai bunga tayar botak! Berikan SUV atau EV anda "kasut" baharu yang lebih selamat, senyap, dan efisien dengan Michelin Primacy 5 hari ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG7493
SELANGOR
BSR7301
JOHOR
JA5411J
PULAU PINANG
PSD9558
PERAK
APJ9785
PAHANG
CFH2142
KEDAH
KGH1841
NEGERI SEMBILAN
NEK9745
KOTA KINABALU
SJT1690
KUCHING
QAB2297P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama
Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.
21-07-2026
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit
LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru
21-07-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat