ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text-(21).jpg

PRO-NET terus mengukuhkan dominasinya sebagai peneraju pasaran kenderaan elektrik (EV) tanah air dengan "kejutan berganda" apabila menayangkan warna baharu Jade Green di Penang Autoshow 2026, semalam.

Anak syarikat Proton itu bukan sahaja mempertaruhkan model paling laris Malaysia, Proton e.MAS 5, tetapi turut membawa teknologi di sebalik tabir untuk tatapan orang ramai di Zon Utara.

Warna 'Jade Green' Jadi Tumpuan Utama

Emas-5-EXTR-ColorVar-Green.jpg

Selepas mencatatkan jualan luar biasa melebihi 8,000 unit setakat tahun ini, Proton e.MAS 5 kini hadir dengan identiti baharu menerusi pilihan warna Jade Green. Warna yang segar dan premium ini nyata menjadi magnet di reruai PRO-NET, memberikan pilihan lebih estetik kepada bakal pemilik EV.

Menambah seri, model ini dipamerkan bersebelahan dengan Proton e.MAS 7 PHEV yang tampil elegan dalam warna Emerald Green, sekali gus mempamerkan kepelbagaian portfolio tenaga baharu (NEV) milik PRO-NET.

Platform GMA: Jantung Inovasi Kini di Utara

Buat pertama kalinya bagi peminat automotif di utara Semenanjung, PRO-NET mempamerkan Global Modular Architecture (GMA). Ini merupakan peluang keemasan untuk pengunjung melihat sendiri "tulang belakang" kepada rangkaian EV dan PHEV masa hadapan mereka.

Platform GMA bukan sekadar kerangka biasa; ia dibina dengan:

  • Fleksibiliti Tinggi: Mampu menyokong pelbagai bentuk badan kenderaan.

  • Prestasi & Kecekapan: Menampilkan motor bersepadu (integrated motor) yang sangat efisien.

  • Keselamatan Teguh: Struktur binaan yang direka khusus untuk perlindungan bateri dan dinamik pemanduan yang lebih mantap.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata, sebagai jenama EV No.1 Malaysia, kami terus memacu penerimaan EV dengan menjadikan teknologi ini lebih mudah diakses dan difahami oleh rakyat Malaysia.

"Pengenalan warna baharu Jade Green untuk Proton e.MAS 5 menambah lagi pilihan kepada pelanggan, manakala kehadiran platform GMA di Malaysia Utara memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri teknologi EV serta memahami dengan lebih jelas," katanya.

Bagi anda yang berada di utara, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri masa hadapan mobiliti Malaysia di Penang Autoshow 2026!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ957

SELANGOR

BST6846

JOHOR

JE2467J

PULAU PINANG

PSF5411

PERAK

APL4619

PAHANG

CFH7302

KEDAH

KGJ1094

NEGERI SEMBILAN

NEL8362

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5610P

Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-09-2026
EV

19-06-2026
EV

11-05-2026
EV

10-03-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
EV

04-02-2026
Berita Auto

02-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman

Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.

15-09-2026
Berita Auto

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.

14-09-2026
Berita Auto

Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.

4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi

14-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026
Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.