ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Suhana Veru

Kongsi melalui

KV.jpg

GWM Malaysia sudah bersiap sedia untuk menggegarkan wilayah Utara menerusi penyertaan besar-besaran di Penang Autoshow 2026.

Membawa tema “For every user, for every journey”, GWM bakal mempamerkan barisan penuh teknologi yang merangkumi semua jenis rangkaian kuasa (ICE, HEV, PHEV, dan BEV) untuk memenuhi gaya hidup rakyat Malaysia.

Penyertaan ini cukup bersejarah kerana buat pertama kalinya, MARii membawakan acara autoshow berprestij ini keluar dari Lembah Klang dan memilih Pulau Pinang sebagai pusat inovasi mobiliti negara.

Bintang Utama: Debut TANK 300 HEV di Utara!

Bagi peminat SUV lasak, inilah masanya! TANK 300 HEV bakal membuat penampilan sulung di wilayah Utara. SUV yang sedang tular kerana keupayaan off-road dan reka bentuk retronya ini dijangka menjadi magnet utama pengunjung.

Bukan itu sahaja, GWM turut membawa barisan "Heavyweight" lain:

  • WEY G9: MPV hibrid pintar premium untuk keselesaan keluarga kelas pertama.

  • HAVAL H6 HEV: Raja kecekapan hibrid untuk pemanduan harian yang menjimatkan.

  • ORA Good Cat / GT: EV bandar paling ikonik dan bergaya di pasaran.


"Bukan Sekadar Kereta, Tapi Gaya Hidup"

Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah, Penang Autoshow 2026 bukan sekadar acara serantau, tetapi ia mencerminkan bagaimana landskapautomotif Malaysia kini berkembang melangkaui Lembah Klang ke sebuah platform yang berskala nasional.

"Kami melihat permintaan yang kukuh terhadap penyelesaian serba boleh yang menyokong pelbagai gaya hidup dan keperluan pemanduan. Melalui platform ini, kami mahu  mempamerkan semua jenis rangkaian kuasa dan semua senario kami bagi memberikan hasil yang kekal relevan untuk kegunaan harian," katanya. 

Aktiviti Interaktif & Ganjaran Eksklusif

Reruai GWM di Gerai A04 bukan sekadar tempat melihat kereta, tetapi zon interaktif untuk seisi keluarga:

  • Pandu Uji & Hadiah: Peluang mencuba rangkaian kenderaan GWM dengan ganjaran tempahan eksklusif.

  • Pack & Go Challenge: Cabaran menyeronokkan untuk menguji kepraktisan ruang kargo kenderaan GWM.

  • Hadiah Menarik: Pelbagai barangan eksklusif GWM untuk dimenangi melalui aktiviti mesra keluarga.

Jangan Lepaskan Peluang!

Saksikan sendiri masa depan mobiliti GWM Malaysia di:

  • Lokasi: Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Gerai A04.

  • Tarikh: 1 – 3 Mei 2026.

  • Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP8259

SELANGOR

BST6476

JOHOR

JE1646J

PULAU PINANG

PSF4980

PERAK

APL4351

PAHANG

CFH7161

KEDAH

KGJ710

NEGERI SEMBILAN

NEL8129

KOTA KINABALU

SJU942

KUCHING

QAB5501P

Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

22-05-2026
Berita Auto

02-04-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

11-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.

4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi

14-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026
Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026
Berita Auto

Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?

Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.

11-09-2026
Berita Auto

Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL

Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.

11-09-2026
Berita Auto

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Berita Auto

Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman

Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.

11-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.