- Berita
- Berita Auto
- Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar
Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar

Membeli kereta terpakai ibarat berjudi dengan nasib jika anda tersilap langkah. Bayangkan, dalam keterujaan mahu menukar kereta baharu, rupa-rupanya anda sedang "membela" kenderaan yang pernah hancur akibat kemalangan serius!
Bukan sikit-sikit, dianggarkan sebanyak 130,000 buah kereta terpakai di pasaran negara ini sebenarnya dikesan pernah terlibat dalam kemalangan.
Lebih parah, hampir 50 peratus (atau sekitar 65,000 buah kereta) turut mempunyai unsur penipuan kondisi — termasuk taktik popular: memanipulasi bacaan meter perbatuan (mileage mileage tamper).
3 Daripada 10 Kereta Pernah Kemalangan Serius
Menurut Pengasas Bersama SCRUT, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel, situasi ini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Berdasarkan data platform semakan mereka, tiga daripada 10 buah kereta yang disemak didapati pernah mengalami kemalangan serius.
Nisbah ini sangat tinggi memandangkan pasaran kereta terpakai di Malaysia mencatatkan sekitar 450,000 transaksi setahun dengan nilai industri mencecah RM20 bilion!
"Jika dahulu daripada 10 buah kereta, tiga dilaporkan pernah eksiden serius, hari ini situasinya tetap sama. Ini bermaksud lebih kurang 130,000 kereta terpakai di luar sana ada sejarah hitam," katanya.
Jika dahulu pembeli terpaksa "telan" bulat-bulat apa sahaja cerita manis jurujual, kini revolusi teknologi semakan data membantu membongkar sejarah sebenar kenderaan sebelum wang bertukar tangan.
Skrip 'Owner Wanita, Kereta Cikgu' Dah Tak Boleh Pakai
Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin mendedahkan, setakat ini pihaknya telah berjaya menyelamatkan hampir 43,000 pengguna daripada kerugian besar selepas laporan menunjukkan kereta idaman mereka sebenarnya 'cacat' akibat kemalangan.
Pesanan pedas buat pembeli: Jangan mudah terpedaya dengan skrip jualan (sales pitch) yang klise.
❌ "Ini kereta owner perempuan, bawa pergi pasar je..."
❌ "Kereta cikgu/ustaz, dijaga rapi..."
❌ "Direct owner pertama, jarang jalan jauh..."
"Taktik pemasaran sebegitu langsung tidak menjamin keadaan sebenar kenderaan. Yang akan menanggung hutang bank selama 5 hingga 9 tahun itu anda, bukan mereka," tegas Ahmad Aliff.
Langkah Selamat: Semak Sendiri, Bawa ke Bengkel!
Sebagai pembeli yang bijak, ini langkah yang wajib anda lakukan sebelum menurunkan tanda tangan pada borang pinjaman:
Minta Nombor Chassis: Dapatkan nombor pendaftaran atau nombor badan kenderaan (chassis number) untuk membuat semakan sejarah digital.
Bawa Mekanik: Hantar kereta ke bengkel bebas yang dipercayai untuk pemeriksaan fizikal menyeluruh.
Labur Sedikit Wang: Lebih baik rugi RM50-RM100 untuk kos semakan sekarang, daripada menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit kemudian hari.
Berita Baik Untuk Pengguna! Kesedaran hak pengguna kini semakin kuat. Malah, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kini menerima laporan semakan pihak ketiga sebagai dokumen bukti sah. Baru-baru ini, seorang pembeli berjaya memenangi tuntutan RM28,000 terhadap sebuah syarikat kereta terpakai selepas mengemukakan laporan sejarah kenderaan sebagai bukti ditipu.
Jadi, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya!
BACA JUGA: https://shorturl.at/j4X2r
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident
Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.
11-05-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge