Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Kita sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan hanya untuk memilih kod warna kereta yang paling stail atau membandingkan kecanggihan skrin infotainmen. Namun, jujurlahberapa ramai antara kita yang benar-benar menitikberatkan aspek keselamatan sebelum segalanya terlambat?
Mungkin tidak ramai!
Untuk itu, Volvo Car Malaysia kini bertekad mengubah persepsi "sambil lewa" ini menerusi Selamat Driving Experience yang bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 hingga 17 Mei 2026.
Bukan Sekadar Statistik, Ini Tentang Nyawa
Tahukah anda? Pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 4,428 nyawa terkorban di jalan raya kita. Paling menyedihkan, lebih separuh daripadanya (2,574 orang) adalah anak muda berusia 15 hingga 40 tahun.
Walaupun angka ini sangat membimbangkan, ia masih belum cukup untuk menggambarkan penderitaan keluarga yang kehilangan insan tersayang, masa depan yang terpadam, serta trauma emosi yang terpaksa ditanggung oleh mangsa yang terselamat.
Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata, kebanyakan daripada kita sering mengambil mudah soal keselamatan, malah bersikap acuh tidak acuh hanya kerana musibah tersebut belum menimpa diri sendiri. Namun, di sebalik setiap angka statistik itu adalah seorang insan yang tidak lagi dapat pulang ke pangkuan keluarga.
"Jadi, Selamat Driving Experience direka untuk menterjemahkan angka statistik ini kepada suatu bentuk kesedaran yang mendalam. Melalui simulasi pemanduan yang imersif, kami mahu mencetuskan kesedaran para peserta agar mereka menilai semula tabiat di jalan raya serta memahami kesan buruk yang timbul akibat sikap sambil lewa," katanya.
Kempen Selamat bukan sekadar tentang beg udara atau tali pinggang keledar. Ia adalah satu budaya. Ia adalah tentang apa yang berlaku apabila sesuatu yang luar jangkaan muncul di depan mata anda dalam sekelip mata.
Alami Sendiri 'Detik Cemas' Di Litar Sepang
Lupakan kesesakan trafik yang membosankan. Volvo menjemput anda ke Driving Experience Centre, SIC untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan imersif:
Simulasi Situasi Kritikal: Berhadapan dengan detik cemas dalam persekitaran terkawal di bawah seliaan pelatih profesional.
Teknologi AI Masa Depan: Uji Safe Space Technology terbaharu yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meramal dan mencegah kemalangan sebelum ia berlaku.
Terbuka Kepada Semua: Tidak kira apa jenama kereta yang anda pandu sekarang, Volvo mahu anda tahu cara untuk pulang dengan selamat.
Slot Sangat Terhad! Ini Cara Untuk Sertai:
Jangan tunggu sehingga musibah menimpa baru hendak belajar. Penyertaan adalah terhad kepada 192 peserta sahaja (siapa cepat, dia dapat!).
| Kategori Peserta | Yuran Pendaftaran |
| Bukan Pemilik Volvo | RM300 |
| Pemilik Volvo | RM150 |
| Tetamu (Bukan Pemandu) | RM100 |
Syarat Penting:
Pendaftaran: Melalui
.volvocarmalaysia.com/selamat-driving-experience Pemilik Volvo: Perlu menggunakan nombor VIN yang didaftarkan (sekali sahaja).
Had Umur: Atas faktor keselamatan, individu di bawah 18 tahun tidak dibenarkan menyertai.
Ubah Cara Anda Memandu Selamanya
Adakah RM300 lebih berharga daripada ilmu yang boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga? Jadikan keselamatan sebagai gaya hidup, bukan sekadar spesifikasi di atas kertas.
Untuk maklumat lanjut, layari volvocarmalaysia.com/selamat-driving-experience
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Berita Terkini
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
