ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermula Khamis ini (28 Mei 2026), orang ramai yang merancang untuk bercuti atau menyejukkan badan di Genting Highlands perlu bersedia dengan bajet tambahan.

Ini kerana syarikat pengendali jalan, Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), mengumumkan pelaksanaan kutipan caj jalan persendirian secara berfasa di pusat peranginan tanah tinggi popular tersebut.

Bagi mengelakkan anda terkejut di pertengahan jalan, berikut adalah perincian lengkap mengenai kadar bayaran, lokasi pusat kutipan, dan siapa yang layak mendapat pengecualian.

Di Mana Lokasi Kutipan Caj Genting Highlands?

Kutipan caj ini akan dilakukan secara berfasa di dua lokasi utama pintu masuk:

  1. Genting Sempah (Pintu masuk utama Genting Highlands)

  2. Bulatan Gohtong Jaya (Pintu masuk Gohtong Jaya)

Senarai Kadar Caj Mengikut Kelas Kenderaan

Berapakah kos yang perlu anda bayar untuk setiap kemasukan? Lihat jadual kadar bayaran di bawah:

Kelas KenderaanJenis KenderaanKadar Caj (Per Kemasukan)Nota Sistem
Kelas 1Kereta & VanRM5.00Aliran Biasa
Kelas 2Lori SederhanaRM15.00Wajib Laluan Khas / LPR*
Kelas LainLori BeratRM25.00Wajib Laluan Khas / LPR*
BasBasRM5.00Wajib Laluan Khas / LPR*
TeksiTeksiRM3.30Wajib Laluan Khas / LPR*

*Nota: Semua kenderaan kelas dua hingga lima diwajibkan menggunakan laluan khas atau sistem Pengecaman Plat Nombor (LPR).

Siapa Yang 'FREE'? Ini Senarai Pengecualian Tol Genting

Jangan risau, bukan semua kenderaan akan dikenakan caj. LCSB mengumumkan beberapa kategori yang dikecualikan sepenuhnya daripada bayaran ini:

  • Motosikal (Tiada pendaftaran diperlukan).

  • Kenderaan Kecemasan (Ambulans, Polis, Bomba).

  • Kenderaan Persendirian Penjawat Awam yang bertugas di institusi kerajaan Genting Highlands (perlu mendaftar & guna laluan LPR), termasuk kakitangan di:

    • SK Sri Layang & SMK Sri Layang

    • Institut Aminuddin Baki

    • Balai Polis Genting Highlands & Balai Polis Gohtong Jaya

    • Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands

    • Pejabat Kerajaan Negeri dan Daerah terpilih.

Berita Baik Untuk Penduduk Tetap Genting Highlands

Bermula 28 Jun 2026, LCSB akan memperkenalkan skim khas untuk penduduk tetap di sana. Pendaftaran dibuka sehingga dua kenderaan kelas satu bagi setiap pemohon yang layak.

Antara kelebihan untuk penduduk tetap:

  • Diskaun 10% bagi setiap kemasukan, ATAU

  • Pilihan untuk melanggan Pas Bermusim 6 Bulan (Kemasukan tanpa had).

  • Bonus: Kenderaan milik penduduk tetap yang berdaftar tidak akan dikenakan sebarang caj sebelum tarikh 28 Jun 2026.

Kenapa Caj Ini Dikenakan?

image.png

Sebagai syarikat khusus dalam Operasi dan Penyelenggaraan Jalan (ROAM), LCSB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan jalan ke Genting Highlands. Ini termasuk kos penurapan semula jalan, pengukuhan dan pemantauan cerun bagi mengelakkan tanah runtuh, tindak balas kecemasan, serta penyeliaan operasi demi keselamatan pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai prosedur pendaftaran, status kategori kenderaan anda, atau pembelian pas bermusim, layari laman web rasmi mereka di www.lingkarancekap.com.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

Awas,Jangan Terus Drive Ke Genting Mulai 2 April Ini, Tanpa Bawa Benda Ini

Ujian sistem bayaran jalan (tol) ke Genting Highlands bermula 2 April 2026 di Genting Sempah dan Gohtong Jaya. Ketahui syarat ujian, cara pembayaran, dan sebab pelaksanaan caj jalan persendirian ini di sini.

25-03-2026
Berita Auto

Caj Masuk Genting Highlands, KKR Masih Belum Terima Sebarang Dokumen

KKR mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung kutipan tol untuk memasuki kawasan peranginan itu.

19-11-2025
Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Tanah Runtuh Genting Highlands? Jalan Utama Tidak Terjejas, Boleh Naik Macam Biasa!

Akses ke peranginan tanah tinggi itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam.

20-01-2025
Berita Auto

Tiada Permohonan Nak Bina Tol Di Genting Highlands

Nak bina tol plaza, masih perlu memohon mengikut prosedur.

23-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.