- Berita
- Berita Auto
- Rupanya Ramai Tak Tahu, Kereta Rosak Depan Rumah Kalau Dipulangkan Boleh Dapat Duit! Ini Caranya...
Rupanya Ramai Tak Tahu, Kereta Rosak Depan Rumah Kalau Dipulangkan Boleh Dapat Duit! Ini Caranya...

Ibu kota negara kini dalam misi 'pembersihan besar-besaran' bagi menghapuskan 'bangkai bernyawa' yang mencacatkan pemandangan. Sejak tahun 2022 hingga 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melupuskan sebanyak 4,622 kenderaan buruk dan tersadai demi memastikan persekitaran Kuala Lumpur kekal bersih, selamat, dan teratur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mendedahkan bahawa dalam tempoh tersebut, DBKL menerima lambakan 9,411 aduan daripada orang awam yang rimas dengan kehadiran kenderaan terbiar ini.
Daripada jumlah aduan itu, sebanyak 4,637 kenderaan telah berjaya ditarik ke depoh DBKL. Selepas proses semakan, 4,622 buah daripadanya telah dihantar ke pusat pelupusan, manakala baki yang sedikit telah dituntut semula oleh pemilik masing-masing.
Operasi 2026: Ratusan Lagi Bakal Dilebur
Langkah drastik ini tidak berhenti di situ. Bagi tahun ini sahaja (sehingga Mei 2026):
1,504 kenderaan telah ditarik keluar dan disumbat ke depoh DBKL.
367 kenderaan daripadanya kini sedang menunggu giliran dalam proses pelupusan mengikut prosedur rasmi.
"Isu kenderaan tersadai ini bukan perkara remeh. Ia menjejaskan imej bandar, mengundang aktiviti vandalisme, dan yang paling bahaya, menjadi 'sarang mewah' pembiakan nyamuk aedes," tegas Hannah Yeoh.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.
Sumbat Depoh Sampai Penuh? DBKL & JPJ Gading Bahu
Lambakan kenderaan buruk ini jika dibiarkan akan memakan ruang depoh simpanan. Menyedari hakikat itu, Hannah Yeoh dan Datuk Bandar telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minggu lalu.
Kolaborasi antara DBKL dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini diperkukuh bagi mempercepatkan proses semakan pemilik, sitaan, dan pelupusan. Matlamatnya jelas: Selesaikan isu birokrasi supaya petak parkir awam di kawasan bandar dan perumahan tidak terus 'dijajah' oleh kenderaan rosak.
Jangan Tinggal Saja, Lupus Sukarela Boleh Dapat Duit!
Mengapa ramai yang suka tinggalkan kenderaan mereka begitu sahaja sehingga berkarat? Menurut Hannah, ramai pemilik sebenarnya buntu tidak tahu cara melupuskan kenderaan dan takut dikenakan caj trak tunda yang mahal.
Kini, ada berita gembira. Orang ramaiterutamanya yang tinggal di luar Program Perumahan Rakyat (PPR)tidak perlu lagi menunggu tindakan penguatkuasaan DBKL. Anda boleh melupuskan sendiri kereta, lori, atau bas rosak secara proaktif melalui syarikat panel yang dilantik, Car Medic.
Kenapa program ini menarik?
Tiada Kos Tunda: Kenderaan anda akan diuruskan secara sistematik.
Ganjaran Tunai: Pemilik akan diberikan sebut harga dan menerima bayaran tunai berdasarkan keadaan kenderaan tersebut (kecuali motosikal).
Selamat & Sah: Car Medic dipilih oleh DBKL melalui tender terbuka dan mempunyai lesen sah untuk kitar semula kenderaan secara mesra alam.
Jika anda mempunyai 'bangkai kereta' yang menyemak di depan rumah, hubungi pihak berkuasa atau Car Medic.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
