ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

Suhana Veru

Kongsi melalui
Your-paragraph-text-(50).jpg

Bagi peminat dunia modifikasi kereta, istilah "lampu albino" mungkin sudah tidak asing lagi. Namun, bagi pengguna jalan raya yang lain, kehadiran mereka sering kali disambut dengan jelingan tajam, bunyi hon, atau rungutan di dalam hati.

Pernahkah anda memandu pada waktu malam dan tiba-tiba mata anda disilaukan oleh lampu belakang sebuah kereta yang berwarna putih melepak, bukannya merah seperti biasa?

Ya, itulah dia lampu albino atau lebih tepat lagi, trend menukar lensa @ perumah (housing) lampu belakang kereta kepada warna jernih (clear) sepenuhnya.

Apa Sebenarnya Lampu Albino Ini?

Secara standard, lampu belakang kereta direka dengan lensa berwarna merah untuk lampu brek dan lampu posisi (night light), serta jingga untuk lampu isyarat (signal).

Lampu albino pula membuang terus elemen warna ini. Pemilik kenderaan akan menukar lampu belakang mereka kepada jenis yang lutsinar/jernih. Jika dipadankan dengan mentol biasa (mentol halogen kuning/putih), keseluruhan lampu belakang akan memancarkan cahaya putih yang sangat terang apabila brek ditekan.

Kenapa Pemandu Sanggup Pasang? (Sisi Psikologi & Trend)

Meskipun tahu trend ini mengundang kecaman, kenapa masih ramai pemanduterutamanya pemilik kereta model seperti Perodua Myvi, Alza, Proton Saga, dan beberapa model Hondasanggup melabur wang untuk memasangnya?

1. Faktor Keunikan & "Gaya JDM"

Bagi kebanyakan anak muda, rupa bentuk kereta standard kilang dianggap membosankan. Lampu albino memberikan imej yang bersih (clean look), minimalis, dan nampak berbeza daripada lambakan kereta lain di atas jalan. Ada juga yang terpengaruh dengan gaya kosmetik kereta dari Jepun (JDM - Japanese Domestic Market) yang mementingkan estetika lampu jernih.

2. Kepuasan Visual Waktu Malam

Apabila lampu albino menyala pada waktu malam, ia memberikan impak visual yang sangat ketara. Bagi pemiliknya, pancaran cahaya putih bersih itu kelihatan "mewah" dan moden, mirip teknologi lampu kereta premium.

3. Pengaruh Media Sosial & Komuniti

Sebut sahaja group komuniti kereta di Facebook atau TikTok, racun modifikasi lampu albino ini sangat kuat. 

Di Sebalik Gaya: Risiko dan Bahaya Membahayakan Orang Lain

Walaupun pemiliknya tersenyum puas melihat kereta sendiri, realitinya lampu albino ini adalah musuh utama pemandu di belakang. Kenapa?

  • Menyilaukan Mata (Blindness Sementara): Cahaya putih tanpa lensa merah memancar terus ke anak mata pemandu belakang. Ia boleh menyebabkan glare (silau melampau) yang mengganggu fokus dan boleh mengakibatkan rabun sementara.

  • Mengelirukan Pemandu Lain: Dari jarak jauh, pemandu belakang mungkin keliru sama ada kereta di hadapan sedang menongkah arus (kerana lampu putih biasanya memberi isyarat bahagian hadapan kereta) atau sedang mengundur. Kesilapan tafsiran ini boleh melambatkan masa bertindak (reaction time) pemandu untuk menekan brek.

  • Risiko Kemalangan Langgar Belakang: Disebabkan silau dan kekeliruan, kebarangkalian untuk kereta anda disondol dari belakang adalah sangat tinggi, terutamanya ketika hujan lebat atau jalan berkabut.

Amaran Menteri

Terdahulu media melaporkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan aksesori tidak diluluskan termasuk lampu albino.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook dilapor berkata, pemasangan lampu albino semakin banyak dikesan pada lori dan kenderaan lain dibuat tanpa kelulusan teknikal daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ1098

SELANGOR

BST6859

JOHOR

JE2496J

PULAU PINANG

PSF5417

PERAK

APL4629

PAHANG

CFH7313

KEDAH

KGJ1097

NEGERI SEMBILAN

NEL8375

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5611P

Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman

Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.

11-09-2026
Berita Auto

Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati

120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.

10-09-2026
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ

JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.

09-09-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Caj e-Hailing KLIA?

Caj E-Hailing KLIA Diseragamkan RM2, Trafik Lebih Lancar.

16-09-2026
Berita Auto

33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman

Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.

15-09-2026
Berita Auto

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.

14-09-2026
Berita Auto

Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.

4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi

14-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.