BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan semakin rancak apabila pengedar rasmi jenama BYD di Malaysia, BYD Sime Darby Motors, secara rasminya meluncurkan model SUV elektrik yang dinanti-nantikan, BYD Atto 3.
Lebih menarik, SUV pintar ini ditawarkan pada harga atas jalan yang sangat kompetitif, bermula daripada RM125,800 sahaja!
Dua Varian Menarik Untuk Dipilih
BYD Atto 3 hadir ke pasaran Malaysia dalam dua pilihan varian bagi memenuhi keperluan pemanduan anda:
- Varian Ultra: RM125,800
- Varian Premium: RM138,800
Varian Premium mampu memecut 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5.5 saat, dikuasakan oleh Bateri Blade BYD 74.8 kWh dengan jarak sehingga 600 km NEDC serta pengecasan pantas DC sehingga 220kW.
Sementara itu, varian Ultra pula menggunakan bateri 60.48 kWh dengan jarak sehingga 480 km dan pengecasan pantas DC sehingga 110kW. Kedua duanya turut dilengkapi sistem ADAS serta ciri moden yang direka untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Tawaran 'Early Bird' Yang Sukar Dilepaskan!
Sempena pelancaran rasmi ini, BYD Sime Darby Motors tidak kedekut berkongsi rezeki dengan menawarkan pakej eksklusif bernilai RM14,000 buat para pembeli.
Namun, 'lubang baik' sebenar menanti 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan! Siapa cepat, dia dapat keistimewaan luar biasa ini:
• Tukar beli terawal bernilai RM10,000 (500 pelanggan pertama sahaja)
• Pilihan Unit Pengecas Dinding Dengan Pemasangan Standard* atau Pakej Servis Standard 6 Tahun
JAMINAN
BYD ATTO 3 2026 hadir dengan pakej jaminan yang komprehensif serta aksesori percuma.
Skop jaminan merangkumi:
• Jaminan kenderaan 6 tahun atau 150,000km
• Jaminan bateri Blade voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km
• Jaminan unit pemacu 8 tahun atau 160,000km
Aksesori percuma yang disertakan:
• Penyesuai Vehicle-to-Load (V2L)
• Kabel pengecas Type 2 dengan palam 3 pin
Dengan harga di bawah RM130k berserta pakej pelancaran yang premium, BYD Atto 3 dijangka bakal menjadi pencabar terhebat dalam segmen EV mampu milik di Malaysia. Anda dah sedia untuk beralih ke teknologi hijau?
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB1401
SELANGOR
BSQ4962
JOHOR
JYX6860
PULAU PINANG
PSC6627
PERAK
APH8498
PAHANG
CFG6591
KEDAH
KGG3243
NEGERI SEMBILAN
NEK5429
KOTA KINABALU
SJS1723
KUCHING
QAB9251N
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini
BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.
24-12-2025
BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?
BYD telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.
29-05-2025
BYD Atto 3 2024 Terima Penarafan "Tidak Disyorkan", Tapi Ada Sebabnya
Berita ini mungkin kurang enak bagi yang sudah membeli BYD Atto 3!
28-10-2024
Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin
Rakyat Malaysia cukup meminati BYD Atto 3 disebabkan harganya yang berpatutan.
31-01-2024
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV
Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!
21-12-2023
Hanya Ada 500 Unit BYD Atto 3 Limited Edition
BYD ATTO 3 Limited Edition dijual pada harga RM173,800.
08-12-2023
BYD Capai Pengeluaran NEV Yang Ke-6 Juta Unit!
BYD mencatatkan peristiwa bersejarah apabila mencapai angka produksi melebihi enam juta dalam masa yang singkat.
27-11-2023
Berita Terkini
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat